Menilai elemen anime eco-toon dalam memupuk kesedaran terhadap isu kemusnahan hutan: satu rangka kerja konseptual
Kemusnahan hutan merupakan isu alam sekitar global yang mendesak, termasuk di Malaysia. Tahap kesedaran terhadap isu ini masih rendah, khususnya dalam kalangan remaja. Kajian lepas lebih tertumpu kepada pendekatan konvensional dan hiburan semata-mata, tanpa meneroka potensi kandungan anime sebagai m...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English Malay Malay |
| Published: |
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://etd.uum.edu.my/11917/1/depositpermission.pdf https://etd.uum.edu.my/11917/2/s832366_01.pdf https://etd.uum.edu.my/11917/3/s832366_02.pdf https://etd.uum.edu.my/11917/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Kemusnahan hutan merupakan isu alam sekitar global yang mendesak, termasuk di Malaysia. Tahap kesedaran terhadap isu ini masih rendah, khususnya dalam kalangan remaja. Kajian lepas lebih tertumpu kepada pendekatan konvensional dan hiburan semata-mata, tanpa meneroka potensi kandungan anime sebagai medium kesedaran alam sekitar. Terdapat kekurangan rangka kerja tempatan yang menilai anime dari aspek mesej ekologi secara sistematik. Kajian ini bertujuan membina satu rangka kerja konseptual yang boleh dijadikan panduan dalam pemilihan kandungan animasi bagi memupuk kesedaran terhadap isu kemusnahan hutan. Kajian ini menggunakan kaedah Analisis Perbandingan Kualitatif terhadap beberapa anime yang dipilih berdasarkan tema alam sekitar dan analisis dijalankan berpandukan prinsip animasi Disney, prinsip anime Sakuga serta Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (CTML). Rangka kerja konseptual disemak oleh lima orang pakar dari bidang berkaitan untuk menilai kesesuaian elemen dan struktur rangka kerja yang dibina. Hasil kajian menunjukkan bahawa pakar telah mengesahkan gabungan prinsip animasi Disney, prinsip Sakuga dan teori CTML dapat menghasilkan rangka kerja konseptual untuk dijadikan panduan dalam pemilihan kandungan anime eco-toon. Kajian ini menyumbang kepada wacana akademik dengan memperkenalkan rangka kerja konseptual untuk menilai anime eco-toon sebagai medium pendidikan tidak formal berkaitan kesedaran alam sekitar. Rangka kerja ini dapat dimanfaatkan oleh pendidik, pencipta kandungan dan penggubal dasar sebagai pendekatan kreatif dan relevan kepada generasi digital. Sumbangan praktikal kajian ini terletak pada penggunaan media popular seperti anime dalam menyokong agenda pemeliharaan hutan dan kelestarian ekosistem |
|---|