Fundamental kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Haji Abdul Razak dalam strategi pengurusan negara

Dalam era persaingan geopolitik global dan persekitaran ekonomi-politik yang dinamik, tahap peralihan daripada paradigma kepimpinan transaksi kepada transformasi untuk mencapai strategi dan matlamat yang telah ditetapkan boleh diperhatikan di banyak negara. Dalam konteks ini, elemen kepimpinan sang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rosni, Sohar
Format: Dissertation
Language:English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11964/1/Depositpermission_s829145.pdf
https://etd.uum.edu.my/11964/2/s829145_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11964/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Dalam era persaingan geopolitik global dan persekitaran ekonomi-politik yang dinamik, tahap peralihan daripada paradigma kepimpinan transaksi kepada transformasi untuk mencapai strategi dan matlamat yang telah ditetapkan boleh diperhatikan di banyak negara. Dalam konteks ini, elemen kepimpinan sangat mempengaruhi perancangan dan pelaksanaan dasar pengurusan pentadbiran dan politik ekonomi yang berkesan dalam sesebuah negara. Tanpa kepimpinan yang berkesan, organisasi atau negara berkemungkinan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Kepimpinan juga merupakan kualiti yang boleh menyemarakkan kerjasama dalam kalangan individual untuk mencapai visi yang diingini bersama. Di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam (2009-2018), agenda transformasi negara diteruskan di samping perlaksanaan dasar kepimpinan yang unik untuk memastikan Malaysia terus maju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan ciri kepimpinan Najib Razak dalam alam politik dan kepimpinan. Kajian ini juga menganalisis elemen yang berkaitan dengan strategi kepimpinan politik-ekonomi Najib Razak. Selain itu, ia mengenal pasti dan mengkaji keberhasilan model kepimpinan ekonomi-politik Najib Razak dalam mengurus negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul maklumat yang mendalam dan komprehensif. Kedua-dua data primer dan data sekunder telah digunakan di dalam kajian ini. Pemilihan kaedah ini membolehkan pengkaji menjalankan temu bual dengan tokoh politik dan kepimpinan utama negara, menjadikannya ‘kajian elit’ dengan akses mendalam kepada sumber maklumat utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak mempamerkan peranan kepimpinan yang kukuh dalam mengutarakan visi yang jelas untuk pembangunan dan pengurusan ekonomi negara. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa menerusi pentadbiran Najib Razak, pelbagai dasar dan strategi ekonomi politik-ekonomi telah dilaksanakan yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan Malaysia. kepimpinan Najib Razak dalam strategi pengurusan negara mempunyai kepelbagaian dimensi yang memerlukan penelitian dan kajian, strategi politik-ekonomi yang dijana Malaysia melalui pentadbiran Najib Razak adalah sesuatu yang merupakan legasi beliau yang signifikan bagi para pengkaji untuk terus diterokai dalam pelbagai dimensi lapangan.