Pengaruh dimensi hubungan etnik dalam mendorong perpaduan kaum di Pulau Pinang
Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan pembentukan sejarah politik pentadbiran negara dengan konsep pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Aspek perpaduan kaum dilihat sebagai faktor yang amat kritikal dalam mewujudkan sebuah negara yang stabil, sekali gus membawa impak positif kepada ekonomi da...
| المؤلف الرئيسي: | |
|---|---|
| التنسيق: | أطروحة |
| اللغة: | الإنجليزية الماليزية الإنجليزية |
| منشور في: |
2025
|
| الموضوعات: | |
| الوصول للمادة أونلاين: | https://etd.uum.edu.my/12002/1/depositpermission.pdf https://etd.uum.edu.my/12002/2/s96114_01.pdf https://etd.uum.edu.my/12002/3/s96114_02.pdf https://etd.uum.edu.my/12002/ |
| Abstract | Abstract here |
| الملخص: | Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan pembentukan sejarah politik pentadbiran negara dengan konsep pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Aspek perpaduan kaum dilihat sebagai faktor yang amat kritikal dalam mewujudkan sebuah negara yang stabil, sekali gus membawa impak positif kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang terus menyumbang kepada perpaduan dalam kalangan penduduk di Pulau Pinang. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik, sebanyak 490 responden telah diperoleh. Hasil analisis min mendapati bahawa tahap perpaduan dalam kalangan penduduk berada pada tahap sederhana. Begitu juga dengan dimensi hubungan etnik yang turut berada dalam kategori sederhana. Dimensi hubungan etnik yang dikaji merangkumi akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga dimensi akomodasi, asimilasi dan amalgamasi yang mempunyai pengaruh terhadap perpaduan kaum di Pulau Pinang. Oleh itu, kajian ini amat penting dalam memberikan pemahaman yang lebih komprehensif mengenai faktor-faktor yang masih menyumbang kepada perpaduan kaum di Pulau Pinang, khususnya yang melibatkan isu-isu sensitif. Selain itu, kajian ini juga dapat menyediakan panduan kepada pihak berkepentingan, terutamanya kerajaan Malaysia, dalam memperkasakan perpaduan bagi memastikan keselamatan serta keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia |
|---|
