Perkembangan Nasionalisme Melayu dalam Parti Islam Se-Malaysia, 1951-2021

Kajian ini menganalisis perkembangan ideologi nasionalisme Melayu dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari tahun 1951 hingga 2021, dengan tumpuan khusus pada evolusi pemikiran dan dasar-dasar parti berkaitan identiti Melayu-Islam. Kajian ini bertujuan: (i) mengenal pasti elemen nasionalisme Melayu m...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nor Azizuddin, Abdul Rahman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/12006/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/12006/2/s904628_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/12006/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kajian ini menganalisis perkembangan ideologi nasionalisme Melayu dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari tahun 1951 hingga 2021, dengan tumpuan khusus pada evolusi pemikiran dan dasar-dasar parti berkaitan identiti Melayu-Islam. Kajian ini bertujuan: (i) mengenal pasti elemen nasionalisme Melayu menurut perspektif PAS; (ii) menjelaskan peranan kepimpinan parti dalam menangani perbezaan pandangan mengenai nasionalisme Melayu; dan (iii) menilai signifikasi PAS sebagai wadah politik yang mempertahankan aspirasi Melayu-Islam. Dari segi metodologi, kajian mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui temu bual mendalam dengan pemimpin-pemimpin utama parti sebagai sumber primer. Analisis dokumen meliputi ucapan dasar, minit mesyuarat dan penerbitan rasmi parti digunakan sebagai sumber sekunder. Teori Retrospektif diaplikasikan untuk mengkaji perkembangan kronologi nasionalisme Melayu dalam PAS. Dapatan menunjukkan bahawa meskipun PAS didominasi oleh orang Melayu, parti ini masih belum mencapai tahap sokongan yang setanding dengan UMNO dari segi keahlian. Konsep nasionalisme dalam PAS telah berkembang melalui empat fasa penting: fasa pembentukan ideologi (1951-1956), fasa pembinaan ideologi (1956-1982), fasa pemisahan ideologi (1982-2002), dan fasa penyerapan ideologi (2002-2021). Perkembangan ini membentuk identiti unik PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang turut mempertahankan kepentingan Melayu. Kajian ini mencadangkan agar PAS mengukuhkan naratif Melayu-Islam yang relevan dengan konteks kontemporari, mempertingkatkan strategi komunikasi politik, dan memperkasakan mekanisme parti bagi menjamin kelangsungan perjuangan parti