Keberkesanan Projek Pembangunan: Kajian Kes Tapak Perniagaan di Alor Setar, Kedah

Kajian ini mengambil sesebuah kes projek pembangunan tapak perniagaan yang merupakan salah satu program dari sektor perkhidmatan bagi mengetahui tingkat keberkesanan yang berlaku terhadap masyarakat setempat daripada projek yang dibina. Penyelidik mengkaji satu kes Keberkesanan Projek Pembangunan Ta...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nursyidah,
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/3526/1/s809258.pdf
https://etd.uum.edu.my/3526/7/s809258.pdf
https://etd.uum.edu.my/3526/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kajian ini mengambil sesebuah kes projek pembangunan tapak perniagaan yang merupakan salah satu program dari sektor perkhidmatan bagi mengetahui tingkat keberkesanan yang berlaku terhadap masyarakat setempat daripada projek yang dibina. Penyelidik mengkaji satu kes Keberkesanan Projek Pembangunan Tapak Perniagaan Taman PKNK yang dilaksanakan oleh PBT-MBAS, dengan persetujuan dan maklumat Unit Pembangunan daripada Bahagian Kerajaan Tempatan SUK. Kajian ini mencuba mengungkap faedah dan kesan yang diperolehi oleh setiap kelompok yang terlibat (MBAS, Kontraktor, Peniaga, dan Pelanggan) daripada projek pembangunan tapak perniagaan yang telah dibina di Jalan Tun Razak, Alor Setar, Kedah. Pendekatan kajian yang digunakan ialah logik induktif dengan pemahaman positivism dan hasil pemikirannya dengan menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif. Maklumbalas daripada ke-4 (empat) kelompok tersebut sebagai sumber primer dan dokumentasi-dokumentasi penting daripada organisasi serta literatureliterature pustaka sebagai sumber sekunder. Data dikumpul dengan teknik dokumentasi dan temu bual. Kajian ini menghujahkan proses keberkesanan projek pembangunan tapak yang cenderung bersifat analisis induktif, manakala bermula dengan pemerhatian khusus, yang akan memunculkan tema-tema, kategori-kategori, dan pola hubungan di antara kategori-kategori tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa pelaksanaan dan pembinaan projek pembangunan tapak perniagaan di Taman PKNK, Jalan Tun Razak, Alor Setar, Kedah, dapat memberikan kesan dan faedah positif terutama bagi MBAS dan para peniaga dalam menjana pendapatan isi rumah mereka, dan juga mampu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat, serta dapat memberikan kesan positif pada kerapian dan keindahan Bandaraya Alor Setar.