Hubungan antara tahap kesedaran ergonomik terhadap penyakit muskuloskeletal pekerjaan dalam kalangan profesional kesihatan

Penyakit muskuloskeletal pekerjaan (WMSD) dalam kalangan profesional kesihatan merupakan suatu isu yang sedang meningkat tanpa mengira jenis pekerjaan. Manakala dalam bidang kesihatan kebanyakkan pekerja mengalami masalah ini dalam tempoh masa yang panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubung...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Ahmad, Shahizzan
Format: Dissertation
Langue:anglais
anglais
anglais
Publié: 2021
Sujets:
Accès en ligne:https://etd.uum.edu.my/9818/1/permission%20to%20use-not%20allowed.pdf
https://etd.uum.edu.my/9818/2/s826019_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/9818/3/s826019_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/9818/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Penyakit muskuloskeletal pekerjaan (WMSD) dalam kalangan profesional kesihatan merupakan suatu isu yang sedang meningkat tanpa mengira jenis pekerjaan. Manakala dalam bidang kesihatan kebanyakkan pekerja mengalami masalah ini dalam tempoh masa yang panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kesedaran ergonomik dan WMSD dalam kalangan profesional kesihatan. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik melibatkan 233 responden dalam kalangan profesional kesihatan yang sedang melanjutkan pengajian. Data mentah kajian ini dianalisa menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 25. Analisis deskriptif menunjukkan nilai min yang tinggi dalam kalangan responden. Seterusnya analisis deskriptif juga menunjukkan kejerapan WMSD adalah tinggi pada tiga bahagian utama tubuh badan iaitu bahagian belakang bawah, belakang atas dan leher. Tambahan pula, hasil analisa regrasi menunjukkan 43% kekerapan WMSD diterangkan oleh kesedaran ergonomik. Impak daripada kajian ini mendapati elemen kesedaran ergonomik haruslah dititikberatkan sebagai pencegahan awal WMSD dalam kalangan profesional kesihatan. Aktiviti program pencegahan WMSD mestilah merangkumi kesedaran ergonomik khususnya faktor yang berkaitan dengan pengetahuan dan kesedaran ergonomik. Menerusi pendekatan ini kualiti perkhidmatan profesional kesihatan dapat ditingkatkan serta aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.