Perubahan Buah Ciku (Achras Sapota L.) Semasa Perkembangan Dan Kesan Suhu Serta Pembungkusan Semasa Penyimpanan

Buah ciku jenis"Betawi"mencapai kematangan fisiologi pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga. Berat, isipadu dan saiz (panjang dan garis pusat) mempunyai korelasi yang bermakna dengan umur terutama sekali saiznya. Ketumpatan buah tidak berubah semasa kematangan (p < 0.05), oleh...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Taufik
フォーマット: 学位論文
言語:英語
マレー語
出版事項: 1994
主題:
オンライン・アクセス:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11830/1/FSMB_1994_5_A.pdf
その他の書誌記述
要約:Buah ciku jenis"Betawi"mencapai kematangan fisiologi pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga. Berat, isipadu dan saiz (panjang dan garis pusat) mempunyai korelasi yang bermakna dengan umur terutama sekali saiznya. Ketumpatan buah tidak berubah semasa kematangan (p < 0.05), oleh itu ia tidak boleh dijadikan sebagai indeks kematangan. Pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga, kulit buah berwarna hijau muda bila diguris, pulpanya berwarna coklat muda, manakala bijinya berwarna hitam dan keras. Semasa kematangan fisiologi, ketegasan, kandungan lembapan, tanin dan pektio mencapai tahap maksimum. Asid tertitrat dan asid askorbik meningkat bingga bulan kelima dan kemudian menurun. Sebaliknya pH menurun hingga bulan kelima dan meningkat selepas itu. Jumlah gula, fruktosa, glukosa, sukrosa dan jumlah pepejal larot meningkat di sepanjang perkembangan buah. Pada masa yang sama kandungan kanji menurun.