Pemahaman Proses Sosialisasi ‘Mat Rempit’ Dalam Kalangan Belia Di Utara Malaysia

Fenomena 'rempit' sebenarnya Adalah manifestasi evolusi perlumbaan Motosikal haram yang telah wujud di malaysia sejak tahun-tahun 1970 an lagi.gelaran 'Mat Rempit; adalah gelaran yang diberikan pada individu lelaki yang terlibat dalam salah laku jalanan dengan menunggan motosikal seca...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Arsyad, Mohd Mursyid
フォーマット: 学位論文
言語:英語
マレー語
出版事項: 2010
主題:
オンライン・アクセス:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12417/1/FPP_2010_2A.pdf
その他の書誌記述
要約:Fenomena 'rempit' sebenarnya Adalah manifestasi evolusi perlumbaan Motosikal haram yang telah wujud di malaysia sejak tahun-tahun 1970 an lagi.gelaran 'Mat Rempit; adalah gelaran yang diberikan pada individu lelaki yang terlibat dalam salah laku jalanan dengan menunggan motosikal secara berlumba dengan aksi-aksi yang merbahaya secara berkumpulan untuk mencari titik kepuasan dari penglibatannya. Kajian ini menerokai proses bagaimana seseorang belia terlibat sebagai Mat Rempit dan pengalaman yang dilalui mereka.Kajian ini menjawab tiga kajian berikut (1) Mengapa belia menjadi Mat Rempit? (2)Apakah pengalaman yang dilalui sebagai Mat Rempit? dan (3)apakah yang belia peroleh dengan menjadi Mat Rempit? Pendekatan kualitatif berunsurkan fenomenologi dipilih untuk menyempurnakan penyelidikan dan menjawab persoalan kajian pendekatan dan kaedah ini dipilih kerana berkemampuan untuk menjawab persoalan kajian yang memahami makna dan pengalaman Mat Rempit sepanjang keterlibatan mereka menjalankan aktiviti 'merempit'.teknik temubual separa berstuktur mendalam digunakan untuk mengumpul data dari 13 orang respoden yang terdiri dari Mat Rempit yang menceritakan pengalaman mereka terlibat dalam fenomena ini . data telah dianalisis dengan membina kategori tema untuk menjawab persoalan kajian.