Indeks Kualiti Air (Doe-Wqi) Dan Perkaitannya Dengan Kekeruhan Air Sungai di Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur di Pahang

Satu kajian mengenai indeks kualiti air (DOE-WQI) dan perkaitannya dengan kekeruhan telah dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Karak hingga Kuantan, Pahang. Sebanyak 23 stesen persampelan telah dipilih untuk mencapai objektif ini. Stesen-stesen tersebut ialah Sungai Bentong, Sungai Kel...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Jahaya, Jasrul Nizam
格式: Thesis
语言:英语
英语
出版: 2004
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/310/1/549545_T_FSAS_2004_46.pdf
实物特征
总结:Satu kajian mengenai indeks kualiti air (DOE-WQI) dan perkaitannya dengan kekeruhan telah dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Karak hingga Kuantan, Pahang. Sebanyak 23 stesen persampelan telah dipilih untuk mencapai objektif ini. Stesen-stesen tersebut ialah Sungai Bentong, Sungai Kelau, Sungai Sertik, Sungai Jenalik, Sungai Senut, Sungai Teris, Sungai Jentar, Sungai Sal, Sungai Jengka, Sungai Kundang, Sungai Jempol, Sungai Kemak, Sungai Chedong 1, Sungai Chedong 2, Sungai Luit, Sungai Bakapor, Sungai Lepar, Sungai Kebantan, Sungai Berkelah, Sungai Pohoi, Sungai Belat, Sungai Pandan dan Sungai Mabok. Daripada kajian yang dijalankan, didapati kualiti air di kawasan persampelan adalah di dalam lingkungan Kelas I, Kelas II dan Kelas III. Bagaimanapun terdapat beberapa parameter yang harus diambil berat terutamanya oksigen terlarut, pH dan Kekeruhan untuk mengekalkan kualiti air yang baik.Hasil daripada ujian statistik yang dijalankan, didapati hanya parameter kekeruhan dan pepejal terampai sahaja yang mempunyai perkaitan secara linear (p<0.01, R2=0.8547). Bagi parameter pH dan Permintaan Oksigen Biokimia, BOD ianya mempunyai perkaitan yang kuat secara korelasi dengan kekeruhan. Daripada analisis regresi pelbagai, model persamaan kekeruhan bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ialah, Kekeruhan = 0.98SS + 5.431 (p<0.01, R2=0.855) dan Kekeruhan = 0.669COD + 0.992SS (p<0.01, R2=0.928).