Perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan

Muslimah yang mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT kurang diperagakan dengan sahsiah dan keperibadian yang sebenar mengikut pandangan Islam. Walaupun ada terdapat kajian-kajian tentang wanita, namun dari sudut sahsiah yang memperlihatkan keperibadian Muslimah dari sudut pandangan Isl...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Masri, Siti Rabeah
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2012
主題:
オンライン・アクセス:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33618/1/FBMK%202012%2011R.pdf
その他の書誌記述
要約:Muslimah yang mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT kurang diperagakan dengan sahsiah dan keperibadian yang sebenar mengikut pandangan Islam. Walaupun ada terdapat kajian-kajian tentang wanita, namun dari sudut sahsiah yang memperlihatkan keperibadian Muslimah dari sudut pandangan Islam masih kurang dilakukan. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat keunggulan sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan, iaitu Surat-surat Perempuan Johor dan Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani serta Atas Nama Cinta dan Satu Bumi karya Isa Kamari yang berupaya membawa nilai-nilai kemurnian Islam untuk meningkatkan sahsiah terpuji dalam diri khalayak pembaca. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan. Seterusnya, menganalisis sahsiah Muslimah dengan menggunakan Teori Takmilah sebagai landasan kajian. Hasil kajian terhadap aspek sahsiah Muslimah dari sudut akidah, sahsiah Muslimah dari sudut ibadah dan sahsiah Muslimah dari sudut akhlak menunjukkan bahawa Muslimah mempunyai keperibadian dan sahsiah yang unggul kerana berpegang kepada tiga sendi Islam. Sahsiah Muslimah dari msudut akidah menemukan nilai keimanan dan ketakwaan Muslimah terhadap Allah SWT. Aspek ibadah pula meliputi nilai-nilai ajaran Islam seperti solat dan membaca al-Quran. Manakala aspek akhlak pula dominan memperlihatkan ketinggian sahsiah Muslimah dalam memelihara hubungannya dengan ibu bapa, diri sendiri dan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga aspek ini bertepatan dengan gagasan Teori Takmilah yang membawa perutusan kebaikan bagi meningkatkan sahsiah yang terpuji dalam diri khalayak pembaca. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa nilai-nilai kemurnian akhlak Islam yang wujud dalam diri Muslimah berupaya memartabatkan ketinggian sahsiah dan seterusnya menjadi contoh teladan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan pembaca.