Kesan olahan aktiviti pelbagai deria dalam penguasaan perkataan oleh kanak-kanak disleksia

Kanak-kanak disleksia mengalami kesukaran luar biasa dalam membaca, mengeja dan menulis. Kesedaran perihal masalah inilah yang mendorong penyelidik menjalankan satu kajian kes dalam bidang psikolinguistik tentang kesan olahan aktiviti pelbagai deria dalam penguasaan perkataan oleh kanak-kanak dislek...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Che Mat, Noor Hayati
Format: Thèse
Langue:anglais
Publié: 2012
Sujets:
Accès en ligne:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38882/1/FBMK%202012%2025R.pdf
Description
Résumé:Kanak-kanak disleksia mengalami kesukaran luar biasa dalam membaca, mengeja dan menulis. Kesedaran perihal masalah inilah yang mendorong penyelidik menjalankan satu kajian kes dalam bidang psikolinguistik tentang kesan olahan aktiviti pelbagai deria dalam penguasaan perkataan oleh kanak-kanak disleksia di Sekolah Kebangsaan Padang Temu Melaka. Bermula dari Teori Pemprosesan Maklumat oleh Robert M. Gagne (1975) sebagai kerangka teori, kajian ini bertujuan untuk menganalisis suku kata terbuka dan tertutup; mengaplikasikan olahan aktiviti pelbagai deria dan permainan bahasa dalam ujian penguasaan perkataan yang sebenar oleh kanak-kanak Disleksia. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menghasilkan modul olahan pelbagai deria berfokuskan kanakkanak disleksia. Subjek kajian terdiri daripada lima orang kanak-kanak disleksia dari Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka. Mereka sedang menjalani Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di sekolah berkenaan. Dapatan kajian diperoleh daripada data ujian 1 dan ujian 2, soal selidik, ujian saringan ISD, temu bual, pemerhatian serta markah ujian kanak-kanak disleksia. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan olahan aktiviti pelbagai deria dapat menyediakan mod pembelajaran bahasa, khususnya penguasaan perkataan yang sesuai dengan kecerdasan minda kanak-kanak disleksia. Di samping itu, penyelidik juga menerapkan elemen permainan bahasa ke dalam pembelajaran bahasa Melayu mereka. Hasil temu bual dan pemerhatian menunjukkan bahawa elemen permainan bahasa yang telah diubah suai oleh penyelidik berjaya menarik minat dan menimbulkan rasa seronok kepada kanak-kanak disleksia untuk belajar bahasa Melayu yang selama ini dirasai sukar untuk dikuasai. Modul yang dihasilkan oleh penyelidik mengandungi lapan set huruf, iaitu b, d, m, w, n, u, p, dan q. Penyelidik berharap modul ini dapat menjadi saranan yang berkesan untuk mengatasi masalah kekeliruan dan kesukaran membezakan huruf yang seakan-akan sama bentuk dalam kalangan kanak-kanak disleksia.