Citra busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung

Kajian ini adalah analisis tentang gambaran busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung (NMSA) yang telah diselenggarakan oleh Zahir Ahmad, dan diterbitkan pada tahun 1991. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis citra busana dalam NMSA, menghuraikan bahan, corak, warna,...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Hj. Jusoh, Adilah
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2015
主題:
オンライン・アクセス:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60383/1/FBMK%202015%2069.pdf
その他の書誌記述
要約:Kajian ini adalah analisis tentang gambaran busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung (NMSA) yang telah diselenggarakan oleh Zahir Ahmad, dan diterbitkan pada tahun 1991. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis citra busana dalam NMSA, menghuraikan bahan, corak, warna, dan buatan busana serta menganalisis fungsi busana yang digambarkan kepada masyarakat dalam teks tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan mengumpulkan data-data berkaitan busana dalam NMSA dan mengaplikasikannya dengan menggunakan pendekatan estetika. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis busana digambarkan dalam teks yang dapat dikategorikan kepada pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Berdasarkan kepada pengkategorian tersebut, didapati bahawa terdapat sebilangan gambaran busana dalam jenis yang sama, namun dipaparkan oleh pengarang dengan nama busana yang berlainan. Malah, sesetengah busana yang digambarkan itu ada membawa kepada maksud yang berlainan pada masa kini. Pada waktu yang sama, didapati busana pakaian lebih banyak memaparkan aspek bahan, corak, warna dan pembuatan. Hal ini demikian kerana, busana pakaian merupakan keperluan utama bagi setiap manusia, berbanding dengan busana perhiasan dan peralatan atau kelengkapan yang hanya diperlukan mengikut masa dan keadaan tertentu sahaja. Kepelbagaian gambaran busana yang dipaparkan dalam NMSA mempunyai fungsi yang bersesuaian kepada masyarakat dalam sesebuah upacara adat istiadat, majlis dan juga peristiwa.