Kepuasan Kerja dan Tekanan Yang Dihadapi Oleh Guru Sekolah Menengah

Pendidikan dapat membentuk satu bangsa yang utuh dan kukuh. Nadi kepada pendidikan itu ialah guru. Dewasa ini tugas guru semakin mencabar dan menuntut kesabaran dan ketabahan yang lebih. Kepuasan kerja dm tekanan yang dihadapi oleh guru sekolah menengah perlu dititikberatkan agar kita tidak menga...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Ahmad Tajudeen, Aishah Bee
フォーマット: 学位論文
言語:英語
マレー語
出版事項: 2004
主題:
オンライン・アクセス:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6399/1/FPP_2004_20.pdf
その他の書誌記述
要約:Pendidikan dapat membentuk satu bangsa yang utuh dan kukuh. Nadi kepada pendidikan itu ialah guru. Dewasa ini tugas guru semakin mencabar dan menuntut kesabaran dan ketabahan yang lebih. Kepuasan kerja dm tekanan yang dihadapi oleh guru sekolah menengah perlu dititikberatkan agar kita tidak mengabaikan peranan yang dimainkan oleh golongan pendidik dalam masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan tekanan yang dihadapi oleh guru sekolah menengah. Bagi tujuan ini sebuah sekolah menengah telah dipilih. Data telah diperolehi daripada 100 guru melalui kaedah soal selidik dan diproses menggunakan perisian statistical package for social science (SPSS). Dapatan kajian ini adalah tekanan kerja mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan kepuasan kerja. Ini disebabkan responden guru sebagai subjek kajian mendapat bebanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah sama ada bebanan mengajar atau bukan sehingga wujud hubungan songsang antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja. Dengan perkataan lain semakin banyak bebanan guru semakin tinggi tekanan sehingga menurunkan kepuasan kerja, dan sebaliknya semakin kurang bebanan guru maka akan semakin tinggi kepuasan bekerja guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bebanan tugas adalah antara faktor yang memberi tekanan kepada guru. Justeru, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penelitian terhadap bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru agar peranan utarna mereka sebagai pendidik dalam membina bangsa Malaysia yang cemerlang tidak terjejas.