Kompetensi kerjaya dalam kalangan pelajar kolej komuniti

Latihan dan kemahiran teknikal yang disediakan kepada pelajar bagi memenuhi keperluan majikan industri merupakan tanggungjawab institusi pengajian teknikal dan vokasional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kompetensi kerjaya pelajar kolej komuniti dan mengenal pasti faktor yang...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Mohd Ariffim, Ruhaida
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2015
主題:
オンライン・アクセス:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67879/1/FPP%202016%2057.pdf
その他の書誌記述
要約:Latihan dan kemahiran teknikal yang disediakan kepada pelajar bagi memenuhi keperluan majikan industri merupakan tanggungjawab institusi pengajian teknikal dan vokasional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kompetensi kerjaya pelajar kolej komuniti dan mengenal pasti faktor yang menjurus kepada pemerolehan kompetensi kerjaya pelajar di kolej komuniti. Responden kajian terdiri daripada 356 pelajar tahun akhir dari kolej komuniti di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik merangkumi profil demografi, intervensi perkembangan kerjaya serta adaptasi daripada Career Competencies Questionnaire (CCQ), Career Decision Self Efficacy Scale Short Form (CDSE-SF) dan Career Maturity Inventory (CMI). Analisis deskriptif dan inferensi yang dijalankan adalah ujian-t, ANOVA dan Pearson Product-Moment Correlation Coefficient. Hasil kajian yang diperolehi mendapati kompetensi kerjaya berada pada tahap tinggi (M= 3.94, S.P=0.45). Dapatan juga menunjukkan efikasi kendiri keputusan kerjaya (M= 4.00, S.P.= 0.46) berada pada tahap tinggi manakala dapatan intervensi perkembangan kerjaya (M= 13.36, S.P.= 4.86) dan kematangan kerjaya berada pada tahap sederhana (M= 12.80, S.P.= 3.77). Selain itu dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara pencapaian akademik dengan kompetensi kerjaya (r= -0.007, p >0.05) dan terdapat hubungan yang lemah antara kematangan kerjaya dengan kompetensi kerjaya (r= .073, p >0.05), manakala terdapat hubungan yang sederhana antara dimensi efikasi kendiri keputusan kerjaya dengan kompetensi kerjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi kompetensi kerjaya berdasarkan pemilihan bidang pengajian (M= 4.05, S.P.= 0.50; t (354)= -2.172, p < 0.05) dan minat untuk menjadi usahawan (M= 3.78, S.P. = 0.54; t= 2.898, p < 0.05). Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kompetensi kerjaya berdasarkan jantina dan perancangan selepas bergraduat. Keputusan analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan kompetensi kerjaya berdasarkan tahap intervensi perkembangan kerjaya (F (2, 352)= 4.501, p <0.05). Dapatan dan keperluan kajian ini berfungsi membimbing ke arah memantapkan perkembangan kerjaya pelajar. Golongan pelajar ini boleh dibimbing supaya dapat menyumbang kep ada keperluan tenaga kerja negara.