Perkaitan Antara Penggunaan Sumber Keluarga Dengan Keupayaan Mental Dikalangan Kanak-Kanak India di Bandar dan di Estet

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sumber-sumber yang terdapat pada keluarga India di bandar dan di estet di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Objektif khusus pula ialah a) untuk mengkaji prestasi tahap kecerdasan mental, b) untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada pada keluarg...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Sathoo, Kausalya Devi
Format: Thèse
Langue:anglais
malais
Publié: 1992
Sujets:
Accès en ligne:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8194/1/FEM_1992_1_A.pdf
Description
Résumé:Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sumber-sumber yang terdapat pada keluarga India di bandar dan di estet di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Objektif khusus pula ialah a) untuk mengkaji prestasi tahap kecerdasan mental, b) untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada pada keluarga, c) untuk menganalisis perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan mental dan d) untuk meninjau pola interaksi ibu-anak sebagai input dalam keupayaan mental anak. Data di kumpul dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif keatas 60 keluarga manakala pemerhatian dijalankan keatas 10 buah keluarga. Sumber-sumber keluarga dilihat dari segi sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat dalam persekitaran keluarga yang mempunyai perkaitan dengan keupayaan mental anak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lokasi (r= -.5203, P <0.05) menjadi penyumbang yang kuat terhadap keupayaan mental. Melalui pemerhatian pula, didapati bahawa ibu yang mengamalkan pola interaksi bercorak positif mempunyai anak yang mencapai skor ujian WISC yang tinggi. Kesimpulannya, di dapati profail anak responden yang berjaya mempunyai keupayaan mental yang tinggi terdiri daripada mereka yang mendapat penglibatan daripada ibubapa. Penglibatan secara langsung adalah dari segi masa yang diluangkan bersama anak dalam aktiviti pendidikan anak manakala penglibatan secara tidak langsung ialah kesanggupan ibubapa membelanjakan wang untuk menyediakan bahan-bahan rangsangan untuk meningkatkan tahap keupayaan mental ke tahap optimum.