Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad

Tesis ini bertitik tolak dari pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang berkitar dalam dua persoalan. Pertama, kajian-kajian ilmiah sedia ada rata-rata menunjukkan bahawa penerapan konsep Taklif sebagai kerangka analisis berupaya memperlihatkan kedudukan Islam dalam sastera Melayu d...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Tonya, Nurul Atira
格式: Thesis
語言:英语
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83338/1/FBMK%202018%2085%20-%20IR.pdf
_version_ 1846216944310550528
author Tonya, Nurul Atira
author_facet Tonya, Nurul Atira
author_sort Tonya, Nurul Atira
description Tesis ini bertitik tolak dari pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang berkitar dalam dua persoalan. Pertama, kajian-kajian ilmiah sedia ada rata-rata menunjukkan bahawa penerapan konsep Taklif sebagai kerangka analisis berupaya memperlihatkan kedudukan Islam dalam sastera Melayu dan sastera Melayu dalam Islam. Hal ini kerana konsep Taklif merupakan kerangka berteraskan Islam. Akan tetapi, kajian-kajian ini hanya menerapkan konsep Taklif dalam menganalisis cerpen dan novel. Kedua,kajian-kajian ilmiah sedia ada cenderung mengaitkan filem-filem Yasmin Ahmad dengan Pluralisme Agama. Lebih penting lagi apabila kajian-kajian tersebut menyimpulkan bahawa Pluralisme Agama yang dimanifestasikan dalam filem-filem Yasmin Ahmad adalah sejajar dengan ajaran Islam. Penting untuk dijelaskan bahawa kajian-kajian tersebut tidak menerapkan kerangka analisis yang berteraskan Islam. Hakikat ini mewujudkan ruang bagi penerapan konsep Taklif dalam menganalisis filem sebagai medium sastera. Bagi merungkaikan permasalahan di atas, kajian ini menggariskan tiga objektif. Pertama, menyusun Kerangka Taklif sebagai kerangka analisis filem. Kedua, meneliti latar belakang Yasmin Ahmad sebagai pengkarya filem “Sepet” (2004), dan “Muallaf” (2009). Ketiga, mengaplikasi Kerangka Taklif sebagai kerangka analisis bagi mengkaji filem “Sepet” (2004), dan “Muallaf” (2009) arahan Yasmin Ahmad. Menurut Shah Waliyullah Al-Dihlawi RH, Taklif merujuk kepada pembebanan dan kebertanggungjawaban manusia untuk menyembah Allah SWT. Hakikat ini menjadikan setiap aspek kehidupan manusia menjadi satu ‘ibadah’ iaitu penyerahan diri manusia kepada Penciptanya. Dengan pengertian ini, konsep Taklif tidak memungkinkan penderhakaan manusia kepada Penciptanya. Berdasarkan konsep Taklif, hasil analisis mendapati bahawa filem-filem Yasmin Ahmad cenderung untuk memanifestasikan Pluralisme Agama, iaitu fahaman yang beranggapan bahawa semua agama adalah sama dan benar. Hasil analisis turut menjelaskan bahawa manifestasi Pluralisme Agama dalam filem-filem Yasmin Ahmad adalah bertentangan dengan konsep Taklif yang menjadi kerangka analisis dalam kajian ini.
format Thesis
id oai:psasir.upm.edu.my:83338
institution Universiti Putra Malaysia
language English
publishDate 2018
record_format eprints
spelling oai:psasir.upm.edu.my:833382020-09-11T02:43:35Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83338/ Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad Tonya, Nurul Atira Tesis ini bertitik tolak dari pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang berkitar dalam dua persoalan. Pertama, kajian-kajian ilmiah sedia ada rata-rata menunjukkan bahawa penerapan konsep Taklif sebagai kerangka analisis berupaya memperlihatkan kedudukan Islam dalam sastera Melayu dan sastera Melayu dalam Islam. Hal ini kerana konsep Taklif merupakan kerangka berteraskan Islam. Akan tetapi, kajian-kajian ini hanya menerapkan konsep Taklif dalam menganalisis cerpen dan novel. Kedua,kajian-kajian ilmiah sedia ada cenderung mengaitkan filem-filem Yasmin Ahmad dengan Pluralisme Agama. Lebih penting lagi apabila kajian-kajian tersebut menyimpulkan bahawa Pluralisme Agama yang dimanifestasikan dalam filem-filem Yasmin Ahmad adalah sejajar dengan ajaran Islam. Penting untuk dijelaskan bahawa kajian-kajian tersebut tidak menerapkan kerangka analisis yang berteraskan Islam. Hakikat ini mewujudkan ruang bagi penerapan konsep Taklif dalam menganalisis filem sebagai medium sastera. Bagi merungkaikan permasalahan di atas, kajian ini menggariskan tiga objektif. Pertama, menyusun Kerangka Taklif sebagai kerangka analisis filem. Kedua, meneliti latar belakang Yasmin Ahmad sebagai pengkarya filem “Sepet” (2004), dan “Muallaf” (2009). Ketiga, mengaplikasi Kerangka Taklif sebagai kerangka analisis bagi mengkaji filem “Sepet” (2004), dan “Muallaf” (2009) arahan Yasmin Ahmad. Menurut Shah Waliyullah Al-Dihlawi RH, Taklif merujuk kepada pembebanan dan kebertanggungjawaban manusia untuk menyembah Allah SWT. Hakikat ini menjadikan setiap aspek kehidupan manusia menjadi satu ‘ibadah’ iaitu penyerahan diri manusia kepada Penciptanya. Dengan pengertian ini, konsep Taklif tidak memungkinkan penderhakaan manusia kepada Penciptanya. Berdasarkan konsep Taklif, hasil analisis mendapati bahawa filem-filem Yasmin Ahmad cenderung untuk memanifestasikan Pluralisme Agama, iaitu fahaman yang beranggapan bahawa semua agama adalah sama dan benar. Hasil analisis turut menjelaskan bahawa manifestasi Pluralisme Agama dalam filem-filem Yasmin Ahmad adalah bertentangan dengan konsep Taklif yang menjadi kerangka analisis dalam kajian ini. 2018-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83338/1/FBMK%202018%2085%20-%20IR.pdf Tonya, Nurul Atira (2018) Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Yasmin Ahmad, 1958-2009 Malay literature
spellingShingle Yasmin Ahmad, 1958-2009
Malay literature
Tonya, Nurul Atira
Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad
title Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad
title_full Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad
title_fullStr Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad
title_full_unstemmed Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad
title_short Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad
title_sort penerapan kerangka taklif dalam filem sepet dan muallaf arahan yasmin ahmad
topic Yasmin Ahmad, 1958-2009
Malay literature
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83338/1/FBMK%202018%2085%20-%20IR.pdf
url-record http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83338/
work_keys_str_mv AT tonyanurulatira penerapankerangkataklifdalamfilemsepetdanmuallafarahanyasminahmad