Keresahan mempelajari Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia

Kajian ini bertujuan mendalami keresahan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar dalam kelas bahasa Inggeris (BI). Kajian memberikan fokus terhadap penilaian tahap English Language Anxiety (ELA) atau Keresahan Terhadap BI (KBI) selain mengkaji tanda keresahan yang dipamerkan pelajar s...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Wan Salim, Wan Iman
格式: Thesis
語言:英语
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83339/1/FBMK%202018%2074%20-%20ir.pdf
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mendalami keresahan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar dalam kelas bahasa Inggeris (BI). Kajian memberikan fokus terhadap penilaian tahap English Language Anxiety (ELA) atau Keresahan Terhadap BI (KBI) selain mengkaji tanda keresahan yang dipamerkan pelajar serta membincangkan strategi yang diambil untuk menangani ELA/KBI. Kajian ini mengukur tahap keresahan pelajar berdasarkan tiga konstruk ELA/KBI seperti yang disarankan oleh Horwitz et al. (1986), iaitu: 1) Keresahan dalam Berkomunikasi (Communication Apprehension, CA); 2) Keresahan Terhadap Ujian (Test Anxiety, TA) dan; 3) Keresahan Terhadap Penilaian Negatif (Fear of Negative Evaluation, FNE). Responden kajian terdiri daripada 160 orang pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang mengambil kursus BI, Fundamental English (WEB10302). Kajian memperoleh data melalui soal selidik, Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS), temu bual dan senarai pilihan strategi. Pemerhatian turut dijalankan ke atas pelajar sewaktu aktiviti pengucapan awam. Data kualitatif dianalisis menggunakan Atlas.ti 8.0. Analisis dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar mengalami keresahan dalam kelas BI dan keresahan yang dialami memberi kesan yang signifikan ke atas penyampaian pelajar terutama dalam aktiviti lisan seperti pengucapan awam. Untuk menangani keresahan yang dialami, pelajar lebih gemar melakukan aktiviti berkumpulan dan memohon bantuan rakan yang lebih mahir. Sementara itu, terdapat pelajar yang mengambil strategi negatif seperti berdiam diri dan memenuhi kerusi di belakang kelas. Dapatan kajian menyarankan agar tenaga pengajar mengakui kewujudan ELA/KBI supaya dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Tenaga pengajar perlu mencari jalan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyokong and kurang menekan bagi meningkatkan minat dan keyakinan pelajar dalam mempelajari BI.