Aspek-aspek moral dalam sajak-sajak Rejab F. I. 1960 hingga 1980

Dalam sejarah penulisan kritikan karya sastera, unsur moral yang terkandung di dalamnya sentiasa menjadi ukuran para pengkaji. Oieh itu setiap unsur yang terkandung di dalam sesuatu hasil karya adalah saling berkaitan dan membantu dalam memperjelaskan konsep moral kepada khalayak. Oleh itu dalam...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mahamood, Ahmad
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
الماليزية
منشور في: 2000
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8758/1/FBMK_2000_14%20IR.pdf
الوصف
الملخص:Dalam sejarah penulisan kritikan karya sastera, unsur moral yang terkandung di dalamnya sentiasa menjadi ukuran para pengkaji. Oieh itu setiap unsur yang terkandung di dalam sesuatu hasil karya adalah saling berkaitan dan membantu dalam memperjelaskan konsep moral kepada khalayak. Oleh itu dalam kajian ini, sajak-sajak Rejab F. I. telah dilakukan untuk memperlihatkan unsur-unsur tersebut. Sagi menjelaskan unsur moral dalam sajak-sajak pilihan, tiga faktor disentuh yang merangkumi moral terhadap Tuhan, moral terhadap manusia dan moral terhadap alam. Dalam hal ini, aspek bahasa yang merupakan medium pengantara dikaji secara khusus. Namun, pembicaraan terhadap aspek bahasa ini tidak dilakukan secara terpisah tetapi mengaitkannya dengan makna yang terkandung dalam isi sajak. Selain itu akan ditemui kata-kata yang pelbagai, pengulangan bahasa, dan penyimpangan bahasa yang mengungkapkan makna tertentu. Oleh yang demikian dapat dikesani daripada kajian, setiap kata yang dipilih berfungsi dan dapat dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan maksud moral. Dalam hubungan ini, akan wujud kata-kata tertentu yang biasa tetapi dimanipulaslkan dengan baik dan berkesan sehingga mengungkapkan makna yang mendalam. Kajian ini meneliti kaitan moral dengan unsur-unsur isi, didaktik dan kesan yang terkandung di dalamnya sebagai penjelasan. Usaha ini diharap dapat memperkaya koleksi kajian sajak di Malaysia dalam memertabatkan para sasterawan dalam dunia kesusasetraan negara.