Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Menengah yang Dilabelkan Terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Taman Maluri. Kuala Lumpur. Sekolah ini telah dilabelkan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kajian ini berbentuk de...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ali, Othman
التنسيق: Project Paper Report
اللغة:الإنجليزية
الماليزية
منشور في: 1999
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9155/1/FPP_1999_44_A.pdf
Abstract Abstract here
الوصف
الملخص:Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Taman Maluri. Kuala Lumpur. Sekolah ini telah dilabelkan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kajian ini menggunakan dua set soal selidik iaitu satu set untuk guru dan satu set untuk pelajar manakala satu set soalan temu bual untuk Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penyelaras Kokurikulum. Soal selidik untuk guru mengandungi 47 soalan mana kala soal selidik untuk pelajar mengandungi 25 soalan. Kedua-dua soal selidik ini mengandungi soalan yang berbentuk tertutup dan terbuka. Soalan yang berbentuk tertutup, pelajar dan guru dikehendaki memberi pliihan jawapan yang telah disediakan. Soalan berbentuk terbuka pula, pelajar dan guru dikehendaki memberi jawapan berdasarkan pengalaman dan persepsi mereka. Dari segi pengurusan, Pengetua mempunyai gaya pengurusan yang pelbagai iaitu berdasarkan teori Kepimpinan Latuan-Matlamat, teori Kepimpinan Kontingensi, teori Kontinuum Autokratik-Demokratik Tannenbaum, dan teori Situasi. Pengetua mempunyai hubungan rapat dengan guru dan banyak mengadakan perbincangan dan perundingan dalam memberi tugasan di samping membuat keputusan secara mutlat sebagai jalan terakhir.