Masalah penagihan dadah: Latarbelakang penagih dan rawatan pemulihan secara perubatan tradisional Melayu / Zaini Arshad

Latihan ilmiah ini dibahagikan kepada lima bab kesemuanya. Setiap bab mengenengahkan beberapa soal yang tertentu. Bab satu merupakan bab pengenalan kepada latihan ilmiah ini. Di sini di terangkan skop/bidang kajian, tujuan kajian, metodologi/kaedah kajian dan bentuk-bentuk soalan kajian. Tidak ketin...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Zaini, Arshad
التنسيق: أطروحة
منشور في: 1982
الموضوعات:
الوصف
الملخص:Latihan ilmiah ini dibahagikan kepada lima bab kesemuanya. Setiap bab mengenengahkan beberapa soal yang tertentu. Bab satu merupakan bab pengenalan kepada latihan ilmiah ini. Di sini di terangkan skop/bidang kajian, tujuan kajian, metodologi/kaedah kajian dan bentuk-bentuk soalan kajian. Tidak ketinggalan juga diterangkan butir-butir sample serta masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian. Bab 2 pula mengenai peranan perbomohan di dalam masyarakat Melayu secara umum. Di sini di terangkan pengertian dan konsep perbomohan, asal-usul dan pekembangan, tujuan dan kaedah perubatan serta kedudukan sistem perubatan tradisional dahulu dan sekarang. Penulisan di dalam bab ini berdasarkan tulisan-tulisan yang telah sedia ada. Bab 3 mengenai masalah dadah yang dihadapi sekarang ini. Mulanya diterangkan rangka konsep tertentu menganai gejala dadah ini; seperti definisi dadah, ketagihan, jenis-jenis dadah dan lain-lain. Kemudian penghuraian segala dapatan di dalam kajian seperti latarbelakang penagih dadah, sebab-sebab mereka terlibat, perbelanjaan dan sumber kewangan serta pengalaman semasa menagih dadah. Bab ini menyentuh tentang pergaulan dan gaya hidup mereka yang terlibat dengan dadah serta pandangan terhadap bahaya dadah. Di dalam bab4 adalah penghuraian menegani peranan bomoh (perubatan tradisional Melayu) merawat penagih dadah. Di dalamnya diterangkan langkah-langkah awal merawat, syarat-syarat dan pantang larang ke atas orang yang di rawat, jangka masa rawatan dan bayaran. Seterusnya, diterangkan cara rawatan yang mempunyai banyak peringkat, pengawalan semasa dan selapas rawatan, taraf kejayaan dan amsalah-masalah yang mereka hadapi. Bab 5 adalah bab penutup yang merumuskan semula masalah dadah yang dianggap paling serius dengan membahayakan agar sistem perubatan tradisional Melayu sebagai alternatif di dalam usaha pemulihan. Di dalam bab ini juga diterangkan kelemahan-kelemahan dalam kajian-kajian serta syor-syor untuk menjayakan lagi kajian kemudiannya.