Sistem maklumat penapis air / Chew Boon Piew

Sistem Maklumat Penapis Air adalah satu sistem maklumat yang berkonsep multimedia dalam bentuk penyampaian maklumat secara maya (virtual) dan jelas dalam laman web. Versi sistem adalah dalam bahasa inggeris. Maklumat penapis air yang disampaikan adalah penapis air yang berada di pasaran malaysia. S...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Chew, Boon Piew
格式: Thesis
出版: 2002
主题:
实物特征
总结:Sistem Maklumat Penapis Air adalah satu sistem maklumat yang berkonsep multimedia dalam bentuk penyampaian maklumat secara maya (virtual) dan jelas dalam laman web. Versi sistem adalah dalam bahasa inggeris. Maklumat penapis air yang disampaikan adalah penapis air yang berada di pasaran malaysia. Sistem ini melibatkan enem modul iaitu maklumat am, perbandingan, pencarian, pengiklanan, gambaran maya dan e-mail. Sistem maklumat penapis air dibangunkan untuk mengeksplotasikan keunikan dan keistimewaan penapis air kepada para pengguna melalui unsur-unsur maklumat dan multimedia yang seimbang. Sistem ini mewujudkan suatu suasana maya supaya membolehkan para pengguna mendapat maklumat dan memahami stuktur komponen-komponen di dalam mengenai sesuatu penapis air. Selain itu, para pengguna juga dapat menikmati kehalusan kecantikan penapis air itu. Di samping itu, tujuan lain pembangunan sistem ini dapat mengurangkan kos penghantaran maklumat dan mengelakkan pengendalian maklumat secara manual. Dalam pembangunan sistem maklumat penapis air, model air terjun dengan prototaip digunakan sebagai rujukan. Ini kerana model tersebut mempunyai ciri-ciri penjejakan penentusahan dan pengesahan (Verification and Validation) yang memastikan proses pembangunan sistem berjalan secara sistematik. Perisian yang digunakan dalam pembangunan Sistem Maklumat Penapis Air adalah seperti XML, JavaScript, Macromedia DreamWeaver dan Flash. Perisian sampingan yang digunakan seperti Adobe Photoshop, Microsoft Visio dan Nero-Burning Rom.