Sistem maklumat penduduk dan sosiologi kampung (smpsk) / Rozilawati Jidin

Sistem Maklumat Penduduk dan Sosiologi Kampung (SMPSK) adalah sistem yang akan dapat mengurus maklumat-maklumat penting yang diperlukan oleh pengurusan sesebuah kampung seperti maklumat penduduk, maklumat kemudahan awam, ekonomi, pertubuhan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Sistem ini dij...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Rozilawati, Jidin
格式: Thesis
出版: 2002
主題:
實物特徵
總結:Sistem Maklumat Penduduk dan Sosiologi Kampung (SMPSK) adalah sistem yang akan dapat mengurus maklumat-maklumat penting yang diperlukan oleh pengurusan sesebuah kampung seperti maklumat penduduk, maklumat kemudahan awam, ekonomi, pertubuhan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Sistem ini dijangka dapat memainkan peranan untuk melicinkan dan meringankan kerja pihak pentadbiran kampung dengan menyediakan fungsi-fungsi tertentu. Matlamat projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat membantu pihak pentadbiran kampung untuk melicinkan dan menguruskan pentadbiran kampung dengan lebih teratur dan sistematik serta tersusun. Selain itu, sistem ini membenarkan penyimpanan data yang lebih terkawal dan selamat dan proses mengemaskini data yang sedia ada pula lebih mudah. Pemilihan model pembangunan sistem yang sesuai akan dapat menjamin sistem akan dibangunkan dengan sempurna, berkualiti, mencapai objektif, menjimatkan kos rekabentuk dan implementasi serta dapat disiapkan dalam tempoh yang dirancang. Oleh itu, sistem yang bakal dibangunkan ini telah menggunakan model air terjun. Antara modul yang disediakan adalah maklumat penduduk, kemudahan awam, ekonomi, persatuan, pencarian dan Ahli JKKK.