| Summary: | Sistem Makanan dan Minuman Pintar (lntelligent Food & Beverages System) merupakan sebuah sistem yang akan dibangunkan dengan tujuan untuk membantu kakitangan kolej kediaman umumnya dan kakitangan dewan makan khasnya dalam
melaksanakan tugas menyediakan dan mengagihkan makanan serta minuman kepada para pelajar. Selain itu, sistem ini juga dibangunkan untuk mengatasi masalah pembaziran makanan dan minuman yang semakin meruncing di kolej-kolej kediaman. Terdapat pelbagai fungsi yang terdapat di dalam sistem ini. Antara modul utamanya ialah Modul Pengkalan Data Tanpa Wayar, Modul Antaramuka Bergerak, dan Modul Makanan dan Minuman Pintar. Di bahagian Modul Makanan dan Minuman Pintar terdapat modul kecil yang dinamakan Modul Inventori dan Modul Corak Pengambilan Makanan Pelajar.
Di dalam sistem ini pengguna dapat mengemaskini maklumat secara tersusun. Maklumat yang berkaitan ialah maklumat pelajar, maklumat menu hidangan, stok bahan makanan
dan minuman, inventori, dan maklumat pembekal. Sistem ini dibangunkan menggunakan aplikasi Visual Basic 6.0, Microsoft Access 2000 untuk pengkalan datanya dan kaedah Genetic Algorithm untuk penghasilan menu hidangan secara
aitomatik.
|