Permainan pendidikan kanak-kanak “Adik Cerdik” / Aumuhaimi Md. Yusof

Permainan pendidikan kanak-kanak yang akan dibangunkan ini merupakan satu kaedah pelajaran yang berteraskan permainan komputer di mana ia memainkan peranan yang sebagai medium penyampaian ilmu yang lebih interaktif. Modul pelajaran yang diterapkan termasuklah pengenalan warna, pengenalan bantuk dan...

पूर्ण विवरण

ग्रंथसूची विवरण
मुख्य लेखक: Aumuhaimi, Md. Yusof
स्वरूप: थीसिस
प्रकाशित: 2005
विषय:
विवरण
सारांश:Permainan pendidikan kanak-kanak yang akan dibangunkan ini merupakan satu kaedah pelajaran yang berteraskan permainan komputer di mana ia memainkan peranan yang sebagai medium penyampaian ilmu yang lebih interaktif. Modul pelajaran yang diterapkan termasuklah pengenalan warna, pengenalan bantuk dan pengenalan bunyi. Bagi memudahkan sebutan, projek permainan pendidikan kanak-kanak ini diberi nama “Adik Cerdik”. “Adik Cerdik” dibangunkan secara asas web bagi meghasilkan kefungsian produk yang lebih dinamik iaitu boleh digunakan secara atas talian. Dalam pembangunan produk ini, perisian-perisian keluaran Macromedia Dreamweaver, Macromedia Flash, Macromedia Fireworks dan sebagainya banyak membantu dalam aspek grafik, animasi dan juga platform pembinaan produk. Bagi menyesuaikan tahap kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan teknologi komputer, tetikus manjadi peralatan input utama untuk mengendalikan permainan kerana ia lebih mudah difahami dan dikuasai oleh kanak-kanak berbanding penggunaan papan kekunci yang lebih kompleks. Selain daripada itu, melalui penggunaan tetikus juga, kawalan gerakan tangan kanak-kanak tersebut dapat di latih. Skop pendidikan dalam permainan “Adik Cerdik” ini diselaraskan dengan silibus pendidikan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bertujuan untuk menjadikan produk ini sesuai digunakan di tadika atau taska selain dariapada untuk kegunaan persendirian.