Zakat fitrah dan pengaruhnya ke atas sosio-ekonomi orang Islam. Satu kajian kes di Kg. Pulau, Masjid Tanah Melaka / Malik Razuan Abd. Rahman

Kebangkitan Islam yang mula berlaku kira-kira 20 tahun yang lalu telah menyedarkan orang-orang Islam tentang wujudnya berbagai sistem di dalam Islam seperti politik, sosial, pentadbiran, pengurusan, ekonomi, Pendidikan dan lain-lain yang setiap satunya berteraskan Islam. Pendek kata, semua sistem ke...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Malik Razuan , Abd. Rahman
フォーマット: 学位論文
出版事項: 1987
主題:
その他の書誌記述
要約:Kebangkitan Islam yang mula berlaku kira-kira 20 tahun yang lalu telah menyedarkan orang-orang Islam tentang wujudnya berbagai sistem di dalam Islam seperti politik, sosial, pentadbiran, pengurusan, ekonomi, Pendidikan dan lain-lain yang setiap satunya berteraskan Islam. Pendek kata, semua sistem kehidupan manusia telah diatur dengan sempurna oleh Islam sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis. Penerapan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran kerajaan Malaysia sekarang ini adalah merupakan manifestasi atau kesan dari kesedaran tersebut. Sungguhpun begitu, ramai orang Islam yang tidak mengetahui perjalanan dan perlaksanaan sehingga banyak sistem tersebut dan faedahnya serta pengaruhnya terhadap masyarakat dan negara. Justeru itu, perbincangan mengenai sistem zakat dan fitrah serta pengaruhnya ke atas sosio ekonomi orang Islam ini dapat membantu sedikit sebanyak pekembangan ilmu pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang sistem tersebut.