Sistem inventori Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi / Ayuniza Ali

Latihan ilmiah merupakan kursus yang ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat Universiti Malaya bagi Tahap Akhir sebagai syarat utama fakulti. Kursus ini meliputi pembangunan sistem komputer yang ditawarkan oleh pensyarah-pensyarah fakulti. Bagi latihan ini, pembangunan Sistem Inven...

पूर्ण विवरण

ग्रंथसूची विवरण
मुख्य लेखक: Ayuniza , Ali
स्वरूप: थीसिस
प्रकाशित: 2001
विषय:
विवरण
सारांश:Latihan ilmiah merupakan kursus yang ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat Universiti Malaya bagi Tahap Akhir sebagai syarat utama fakulti. Kursus ini meliputi pembangunan sistem komputer yang ditawarkan oleh pensyarah-pensyarah fakulti. Bagi latihan ini, pembangunan Sistem Inventori Kolej Kediaman (SIKK) telah dipilih dan ia tertumpu kepada Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (Kolej 10) Universiti Malaya. Kursus ini terbahagi kepada Latihan llmiah 1 dan Latihan Ilmiah 2 yang masing-masing ditawarkan pada semester I dan semester 2. Kedua-dua kursus ini adalah saling berkait, dan wajib diambil untuk memenuhi syarat latihan ilmiah. Projek ini ditawarkan oleh Puan Nor Edzan Che Nasir di bawah Jabatnn Pengurusan bagi pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Kompuler dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Laporan ini memaparkan ulasan terhadap SIKK secara padat, ringkas dan tepat dan ia meliputi semua fasa yang terlibat dalam Kitar Hayat Pembangunan Sistem (KHPS) iaitu analisis, rekabentuk, perlaksanaan, ujian dan penyelenggaraan. Laporan ini terdiri daripada Bab I hingga Bab II dan dilampirkan dengan beberapa gambarajah, jadual serta bibliografi. Setiap bab disusun rapi untuk mudah dibaca oleh pembaca. Di sampiug itu, pembaca dimudahkan lagi dengan cacatan bibliografi untuk membuat rujukan kepada buku dan sumber yang digunakan untuk menjayakan laporan sistem ini.