Agama Hindu dan Pembentukan Identiti India Malaysia: Kajian Mengenai Pertubuhan-pertubuhan Agama Hindu di Malaysia / Manimaran Subramaniam

Kajian ini bertajuk, "AGAMA HINDU DAN PEMBENTUKAN IDENTITI INDIA MALAYSIA: KAJIAN MENGENAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN AGAMA HINDU DI MALAYSIA'. Pembentukan identiti etnik India Malaysia dikaji dan diteliti berdasarkan aktiviti-aktiviti anjuran pertubuhun-pertubuhan agama Hindu, iaitu Malaysia H...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Manimaran , Subramaniam
フォーマット: 学位論文
出版事項: 2014
主題:
その他の書誌記述
要約:Kajian ini bertajuk, "AGAMA HINDU DAN PEMBENTUKAN IDENTITI INDIA MALAYSIA: KAJIAN MENGENAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN AGAMA HINDU DI MALAYSIA'. Pembentukan identiti etnik India Malaysia dikaji dan diteliti berdasarkan aktiviti-aktiviti anjuran pertubuhun-pertubuhan agama Hindu, iaitu Malaysia Hindu Sangam (MHS) dan Malaysia Hindu Dharma Maamandram (MHDM). Kajian ini direka bentuk untuk mendokumentasikan sejarah perkembangan pertubuhan-pertubuhan agama Hindu di Malaysia, mengkaji dan meneliti peranan pertubuhan-pertubuhan agama Hindu dalam pengukuhan fahaman kepercayaan dan amalan agama Hindu di Malaysia. Selain itu kajian ini meneliti menganalisis dan menerangkan cara pertubuhan-pertubuhan agama Hindu di Malaysia mengetengahkan agama Hindu sebagai identiti utama masyarakat India Malaysia. Kajian ini adalah bersifat kualitatif, melibatkan kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Bersesuaian dengan itu beberapa pendekatan yang sistematik telah digunakan untuk pengumpulan data. Pendekatan pengumpulan data primer melibatkan kaedah pemerhatian ikut serta dan temu bual berdasarkan soalan separa berstruktur, Manakala bahan sekunder diperolehi daripada kajian perpustakaan. khirnya dapatan kajian utama diperoleh dengan analisis data yang disokong oleh teori, konsep dan pandangan para sarjana. Kajian ini dinyatakan berdasarkan strategi analisis naratif menggunakan pendekatan identiti individu (everyday defined) dan pendekatan identiti bersifat kolektif (authority defined) sebagai teras analisis. Selain itu, konsep-konsep utama yang dimanafaatkan dalam pencapaian kesimpulannya dalam kajian semasa termasuklah konsep identiti, identiti individu identiti sosial, identiti etnik, identiti etnik India Malaysia, konsep pertubuhan dan konsep pertubuhan agama Hindu. Manakala teori-teori yang dimanfaatkan dalam kajian semasa termasuklah teori Identiti, teori Identiti Individu dan teori Identiti sosial. Dapatan utama kajian semasa adalah bahawa agama Hindu di Malaysia mempunyai suatu sejarah yang agak panjang bermula sejak awal zaman Masihi lagi, tetapi tradisi agama Hindu semasa di Malaysia bertapak kukuh sejak kehadiran masyarakat India ke Malaysia pada zaman penjajahan British. Kajian menunjukkan bahawa pertubuhan-pertubuhan yang dikaji aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjadi teras utama dalam mengukuhkan fahaman, kepercayaan dan amalan agama Hindu di Malaysia.