Penjara dan pemulihan / Harun Che Su

Kajian ini dijalankan atas kesedaran akan kurangnya kajian dan penyelidikan yang ilmiah ke atas fungsi pemulihan penjara di negara ini. Jadi, atas kesedaran ini, pengkaji akan cuba mendekat dan mendalamkan lagi pemahaman dan pengetahuan masyarakat tentang peranan baru institusi penjara. Dalam bab I,...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Harun , Che Su
格式: Thesis
出版: 1980
主题:
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan atas kesedaran akan kurangnya kajian dan penyelidikan yang ilmiah ke atas fungsi pemulihan penjara di negara ini. Jadi, atas kesedaran ini, pengkaji akan cuba mendekat dan mendalamkan lagi pemahaman dan pengetahuan masyarakat tentang peranan baru institusi penjara. Dalam bab I, pengkaji menerangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan kajian, yakni tujuan kajian dijalankan, bidang serta metodologi yang digunakan dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji ketika menjalankan kajian ini. Di dalam bab II, pengkaji menumpukan perhatian pada teori-teori pemulihan dan dasar pemulihan yang diamalkan di institusi penjara. Teori-teori ini perlu difahami dalam memudahkan kita memahami bagaimana proses pemulihan berlaku di dalam penjara. Selanjutnya di bab III, pengkaji menghuraikan secara ringkas tentang latar belakang Jabatan Penjara Malaysia dan juga penjara Taiping. Dalam bab ini, pengkaji memaparkan beberapa rancangan pemulihan yang dijalankan di sini menjadikan bab ini sebagai inti bagi buku ini. Dalam bab IV, pengkaji menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam tugasan pemulihan dan cara-cara bagaimana masalah ini dapat di atasi. Akhir sekali bab V, pengkaji membuat rumusan mengenai kesan dan kejayaan rancangan pemulihan penjara dan juga langkah-langkah yang perlu dalam memperbaiki dan menjayakan cita-cita pemulihan penjara.