Kefahaman konsep musibah dan ibtila’ menurut al-Quran: Kajian terhadap mangsa tsunami 2004 di Aceh / Zubir
Kajian ini berjudul “Kefahaman Konsep Musibah Dan Ibtila’ Menurut Al-Quran: Kajian Terhadap Mangsa Tsunami 2004 Di Aceh”. Kajian ini membincangkan tentang konsep musibah dan ibtila’ menurut al-Qur’an. Umat Islam seringkali tersalah anggap atau keliru dengan maksud musibah dan ibtila’ yang sebenar...
| 主要作者: | |
|---|---|
| 格式: | Thesis |
| 出版: |
2019
|
| 主题: |
| 总结: | Kajian ini berjudul “Kefahaman Konsep Musibah Dan Ibtila’ Menurut Al-Quran:
Kajian Terhadap Mangsa Tsunami 2004 Di Aceh”. Kajian ini membincangkan tentang
konsep musibah dan ibtila’ menurut al-Qur’an. Umat Islam seringkali tersalah anggap
atau keliru dengan maksud musibah dan ibtila’ yang sebenar menurut al-Qur’an dan
salah faham juga berlaku apabila mereka berhadapan dengan perkara tersebut. Kajian
ini mengkaji kefahaman mangsa tsunami Aceh tentang konsep musibah dan ibtila’ yang
dialami oleh mereka menerusi peristiwa tersebut, apakah kefahaman mereka tentang
musibah dan ibtila’ menepati dengan perspektif al-Qur’an. Kajian ini berbentuk
kualitatif dengan menggabungkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian
perpustakaan bersumberkan metode dokumentasi dengan mengumpulkan data-data
yang berkaitan dengan musibah dan ibtila’. Manakala kajian lapangan berbentuk kajian
kes dilakukan dengan mengaplikasikan metode temu bual daripada responden terpilih.
Bagi memenuhi keperluan itu, seramai 20 orang mangsa tsunami dipilih sebagai
responden. Sesi temu bual dengan responden dijalankan bagi mendapatkan data-data
tentang kefahaman mangsa tsunami mengenai konsep musibah dan ibtila’. Data-data
yang terkumpul dianalisis berdasarkan metode deduktif serta induktif bagi merumuskan
dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kekeliruan dalam memahami
konsep ibtila’ kerana perkataan ibtila’ jarang didengar oleh responden. Perkataan ibtila’
yang digunakan hanya merujuk kepada perkara negatif. Konsep musibah, dapat
difahami oleh responden dengan baik selari dengan petunjuk al-Qur’an. Selain itu,
responden juga dapat memahami perkara-perkara lain yang berkaitan dengan konsep
musibah dan ibtila’ tersebut.
|
|---|