Agihan zakat kepada asnaf al-Gharimin Di Lembaga Zakat Selangor menurut perspektif fiqh / Khairul Anuar Zulkifli

Dalam al-Qur’an, asnaf al-gharimin adalah antara lapan asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Al-gharimin didefinisikan sebagai orang yang berhutang. Kajian ini menjelaskan tafsiran al-gharimin berdasarkan ulama’ klasik dan kontemporari. Kajian ini juga meneroka kaedah pelaksanaan agihan zakat kep...

पूर्ण विवरण

ग्रंथसूची विवरण
मुख्य लेखक: Khairul Anuar , Zulkifli
स्वरूप: थीसिस
प्रकाशित: 2019
विषय:
विवरण
सारांश:Dalam al-Qur’an, asnaf al-gharimin adalah antara lapan asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Al-gharimin didefinisikan sebagai orang yang berhutang. Kajian ini menjelaskan tafsiran al-gharimin berdasarkan ulama’ klasik dan kontemporari. Kajian ini juga meneroka kaedah pelaksanaan agihan zakat kepada asnaf al-gharimin di Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, kajian ini turut menilai pelaksanaan agihan zakat kepada asnaf al-gharimin oleh Lembaga Zakat Selangor dari perspektif fiqh semasa. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dan kajian lapangan dalam mengumpulkan data kajian. Instrumen temu bual digunakan bagi mendapatkan data kajian lapangan. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati tafsiran asnaf al-gharimin oleh Lembaga Zakat Selangor adalah merujuk kepada tafsiran yang diberikan oleh ulama’-ulama’ klasik dan kontemporari. Selain itu, hasil kajian juga mendapati aspek keutamaan (awlawiyyat) dalam agihan ini yang melibatkan kepelbagaian hutang untuk keperluan hidup dan hutang-hutang yang lain kurang dititik beratkan. Justeru, Lembaga Zakat Selangor perlu memastikan amalan agihan zakat dalam kalangan asnaf al-gharimin ini dapat membantu asnaf yang betul-betul layak dan memerlukan.