Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir
Kajian ini berlandaskan konstruktivisme radikal bertujuan untuk mengenal pasti pemahaman tentang kecerunan garis lurus yang dipunyai oleh pelajar Semester Satu program Asasi Sains di institut pengajian tinggi swasta. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan pelajar t...
| 第一著者: | |
|---|---|
| フォーマット: | 学位論文 |
| 出版事項: |
2019
|
| 主題: |
| _version_ | 1849735930004373504 |
|---|---|
| author | Fauziah , Abd Kadir |
| author_facet | Fauziah , Abd Kadir |
| author_sort | Fauziah , Abd Kadir |
| description | Kajian ini berlandaskan konstruktivisme radikal bertujuan untuk mengenal
pasti pemahaman tentang kecerunan garis lurus yang dipunyai oleh pelajar Semester
Satu program Asasi Sains di institut pengajian tinggi swasta. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan pelajar tentang gambaran
mental dan perwakilan bagi kecerunan garis lurus, makna dan penaakulan yang
membabitkan kecerunan garis lurus, hubung kait dan komunikasi berkaitan dengan
kecerunan garis lurus, dan seterusnya ialah penyelesaian masaalah yang
membabitkan kecerunan garis lurus.
Data bagi kajian ini merangkumi maklumat secara lisan dan bukan lisan yang
dikumpulkan dari enam orang pelajar Semester Satu program Asasi Sains dalam tiga
sesi temu duga klinikal yang membabitkan lima belas jenis aktiviti. Setiap sesi temu
duga dirakamkan secara audio dan video yang mengambil masa selama satu jam
hingga satu setengah jam. Penganalisisan data membabitkan empat peringkat, iaitu
transkripsi rakaman temu duga kepada bentuk bertulis, pembentukan kajian kes yang
membabitkan pemerihalan tingkah laku subjek tentang aspek tertentu kecerunan
garis lurus, penganalisisan merentasi subjek, dan pengenalpastian konsep kecerunan
garis lurus yang dimiliki pelajar Semester Satu program Asasi Sains.
Kajian ini mempunyai beberapa hasil kajian yang membabitkan tujuh konteks
yang digunakan. Misalnya, dalam konteks penyelesaian masalah melibatkan situasi
rajah koordinat Cartesan, kajian ini mendapati tingkah laku pelajar boleh dirumuskan
seperti berikut: (a) situasi yang diasimilasikan, iaitu pelajar mengasimilasikan situasi
yang diberikan sebagai situasi penentuan kecerunan garis lurus membabitkan
maklumat grafik, (b) aktiviti yang dijalankan, iaitu sebahagian atau semua enam
langkah asas telah digunakan, iaitu mentafsirkan kecerunan positif, membandingkan garis, menganggar nilai a, menggunakan rumus, membandingkan sudut, dan
menganggar kecerunan, dan (c) hasil yang diharapkan, iaitu memperoleh angka
tertentu bagi menandakan kecerunan yang terlibat. Kajian ini juga mendapati
gambaran mental pelajar tentang kecerunan boleh dikategorikan kepada sepuluh
aspek, iaitu entiti berciri khusus, idea algebra, idea kuantiti, idea sudut, idea konkrit,
unsur hipotenus dan pepenjuru, idea pergerakan motor, unsur analisis terarah, unsur
ketidakbolehubah, dan idea hubungan. Sehubungan itu, hasil kajian ini boleh
membantu guru dan pensyarah merancang dan menyediakan pelbagai tugasan dan
latih tubi yang berorientasikan kemahiran berfikir, prosedur, dan konseptual bagi
pelajar meneroka, membuat inkuiri, mengamati secara aktif, dan memperkukuh
pemahaman mereka tentang kecerunan garis lurus.
Kata kunci:
|
| format | Thesis |
| id | oai:studentsrepo.um.edu.my:14596 |
| institution | Universiti Malaya |
| publishDate | 2019 |
| record_format | eprints |
| spelling | oai:studentsrepo.um.edu.my:145962023-07-07T00:21:34Z Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir Fauziah , Abd Kadir LB2300 Higher Education QA Mathematics Kajian ini berlandaskan konstruktivisme radikal bertujuan untuk mengenal pasti pemahaman tentang kecerunan garis lurus yang dipunyai oleh pelajar Semester Satu program Asasi Sains di institut pengajian tinggi swasta. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan pelajar tentang gambaran mental dan perwakilan bagi kecerunan garis lurus, makna dan penaakulan yang membabitkan kecerunan garis lurus, hubung kait dan komunikasi berkaitan dengan kecerunan garis lurus, dan seterusnya ialah penyelesaian masaalah yang membabitkan kecerunan garis lurus. Data bagi kajian ini merangkumi maklumat secara lisan dan bukan lisan yang dikumpulkan dari enam orang pelajar Semester Satu program Asasi Sains dalam tiga sesi temu duga klinikal yang membabitkan lima belas jenis aktiviti. Setiap sesi temu duga dirakamkan secara audio dan video yang mengambil masa selama satu jam hingga satu setengah jam. Penganalisisan data membabitkan empat peringkat, iaitu transkripsi rakaman temu duga kepada bentuk bertulis, pembentukan kajian kes yang membabitkan pemerihalan tingkah laku subjek tentang aspek tertentu kecerunan garis lurus, penganalisisan merentasi subjek, dan pengenalpastian konsep kecerunan garis lurus yang dimiliki pelajar Semester Satu program Asasi Sains. Kajian ini mempunyai beberapa hasil kajian yang membabitkan tujuh konteks yang digunakan. Misalnya, dalam konteks penyelesaian masalah melibatkan situasi rajah koordinat Cartesan, kajian ini mendapati tingkah laku pelajar boleh dirumuskan seperti berikut: (a) situasi yang diasimilasikan, iaitu pelajar mengasimilasikan situasi yang diberikan sebagai situasi penentuan kecerunan garis lurus membabitkan maklumat grafik, (b) aktiviti yang dijalankan, iaitu sebahagian atau semua enam langkah asas telah digunakan, iaitu mentafsirkan kecerunan positif, membandingkan garis, menganggar nilai a, menggunakan rumus, membandingkan sudut, dan menganggar kecerunan, dan (c) hasil yang diharapkan, iaitu memperoleh angka tertentu bagi menandakan kecerunan yang terlibat. Kajian ini juga mendapati gambaran mental pelajar tentang kecerunan boleh dikategorikan kepada sepuluh aspek, iaitu entiti berciri khusus, idea algebra, idea kuantiti, idea sudut, idea konkrit, unsur hipotenus dan pepenjuru, idea pergerakan motor, unsur analisis terarah, unsur ketidakbolehubah, dan idea hubungan. Sehubungan itu, hasil kajian ini boleh membantu guru dan pensyarah merancang dan menyediakan pelbagai tugasan dan latih tubi yang berorientasikan kemahiran berfikir, prosedur, dan konseptual bagi pelajar meneroka, membuat inkuiri, mengamati secara aktif, dan memperkukuh pemahaman mereka tentang kecerunan garis lurus. Kata kunci: 2019-02 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14596/2/Fauziah_.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14596/1/Fauziah_Abd_Kadir.pdf Fauziah , Abd Kadir (2019) Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/14596/ |
| spellingShingle | LB2300 Higher Education QA Mathematics Fauziah , Abd Kadir Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir |
| title | Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir |
| title_full | Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir |
| title_fullStr | Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir |
| title_full_unstemmed | Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir |
| title_short | Pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di Institut Pengajian Tinggi Swasta / Fauziah Abd Kadir |
| title_sort | pemahaman tentang kecerunan garis lurus dalam kalangan pelajar asasi sains di institut pengajian tinggi swasta fauziah abd kadir |
| topic | LB2300 Higher Education QA Mathematics |
| url-record | http://studentsrepo.um.edu.my/14596/ |
| work_keys_str_mv | AT fauziahabdkadir pemahamantentangkecerunangarislurusdalamkalanganpelajarasasisainsdiinstitutpengajiantinggiswastafauziahabdkadir |