Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan
Kemahiran pemprosesan fonologi merupakan kemahiran yang diperlukan dalam pemprosesan bahasa lisan dan bertulis dengan menggunakan maklumat fonologi. Kepentingan kemahiran pemprosesan fonologi dalam pembacaan awal bukan terhad kepada bahasa berabjad seperti Bahasa Inggeris, tetapi juga menyumbang kep...
| 主要作者: | |
|---|---|
| 格式: | Thesis |
| 出版: |
2020
|
| 主題: |
| _version_ | 1849735957429878784 |
|---|---|
| author | Loo , Fung Lan |
| author_facet | Loo , Fung Lan |
| author_sort | Loo , Fung Lan |
| description | Kemahiran pemprosesan fonologi merupakan kemahiran yang diperlukan dalam pemprosesan bahasa lisan dan bertulis dengan menggunakan maklumat fonologi. Kepentingan kemahiran pemprosesan fonologi dalam pembacaan awal bukan terhad kepada bahasa berabjad seperti Bahasa Inggeris, tetapi juga menyumbang kepada bahasa bukan berabjad seperti Bahasa Cina. Kajian ini bertujuan mengkaji tentang kesan kemahiran pemprosesan terhadap pembacaan awal kanak-kanak dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Cina (L1), Bahasa Inggeris (L2) dan Bahasa Melayu (L3). Kajian ini melibatkan seramai 150 orang kanak-kanak Cina berumur enam hingga tujuh tahun dari enam buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Selangor, Malaysia. Sampel diuji dengan set ujian yang menilai keupayaan kemahiran pemprosesan fonologi dan prestasi pembacaan awal kanak-kanak dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Tiga kemahiran pemprosesan fonologi diukur, iaitu kesedaran fonologi (PA), ingatan fonologi (PM) dan penamaan automatik pesat (RAN). Data dianalisis dengan menggunakan analisis model persamaan struktur (SEM) dengan pendekatan PLS (Partial Least Square). Dapatan kajian menunjukkan PA merupakan peramal yang paling kuat untuk meramalkan prestasi pembacaan awal Bahasa Inggeris (β = .535, p < .001) dan Bahasa Melayu (β = .844, p < .001), manakala RAN peramal yang paling kuat untuk meramalkan prestasi pembacaan awal Bahasa Cina (β = .334, p < .001). PA Bahasa Melayu memberi kesan positif dan signifikan terhadap pembacaan awal Bahasa Melayu (β = .853, p < .001), Bahasa Cina (β = .779, p < .001) dan Bahasa Inggeris (β = .688, p < .001). Ini menunjukkan pemindahan kemahiran terbalik berlaku (L3 L1 dan L3 L2). Di samping itu, PM dan RAN Bahasa Inggeris memberi kesan positif dan signifikan terhadap pembacaan awal Bahasa Cina (β = .373, p < .05; β = .538, p < .001) dan Bahasa Melayu (β = .374, p< .05; β = .401, p < .001) menunjukkan pemindahan kemahiran antara bahasa berlaku (L2 L1 dan L2 L3). Selain itu, analisis perantara (mediation analysis) menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris memberi kesan perantara penuh terhadap hubungan antara Bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris adalah agen yang memudahkan pemerolehan pembacaan awal Bahasa Melayu bagi kanak-kanak berbahasa Cina. Model struktural kajian dibina untuk memaparkan pengaruh kesan keseluruhan pembacaan awal kanak-kanak antara tiga bahasa. Akhir sekali, analisis IPMA (Importnace-performance matrix analysis) menonjolkan keperluan untuk meningkatkan kesedaran fonologi kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini telah menampilkan kepentingan pemprosesan fonologi terhadap kejayaan pembacaan awal kanak-kanak dalam tiga bahasa.
|
| format | Thesis |
| id | oai:studentsrepo.um.edu.my:14700 |
| institution | Universiti Malaya |
| publishDate | 2020 |
| record_format | eprints |
| spelling | oai:studentsrepo.um.edu.my:147002023-08-21T23:27:21Z Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan Loo , Fung Lan L Education (General) LB2361 Curriculum P Philology. Linguistics Kemahiran pemprosesan fonologi merupakan kemahiran yang diperlukan dalam pemprosesan bahasa lisan dan bertulis dengan menggunakan maklumat fonologi. Kepentingan kemahiran pemprosesan fonologi dalam pembacaan awal bukan terhad kepada bahasa berabjad seperti Bahasa Inggeris, tetapi juga menyumbang kepada bahasa bukan berabjad seperti Bahasa Cina. Kajian ini bertujuan mengkaji tentang kesan kemahiran pemprosesan terhadap pembacaan awal kanak-kanak dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Cina (L1), Bahasa Inggeris (L2) dan Bahasa Melayu (L3). Kajian ini melibatkan seramai 150 orang kanak-kanak Cina berumur enam hingga tujuh tahun dari enam buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Selangor, Malaysia. Sampel diuji dengan set ujian yang menilai keupayaan kemahiran pemprosesan fonologi dan prestasi pembacaan awal kanak-kanak dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Tiga kemahiran pemprosesan fonologi diukur, iaitu kesedaran fonologi (PA), ingatan fonologi (PM) dan penamaan automatik pesat (RAN). Data dianalisis dengan menggunakan analisis model persamaan struktur (SEM) dengan pendekatan PLS (Partial Least Square). Dapatan kajian menunjukkan PA merupakan peramal yang paling kuat untuk meramalkan prestasi pembacaan awal Bahasa Inggeris (β = .535, p < .001) dan Bahasa Melayu (β = .844, p < .001), manakala RAN peramal yang paling kuat untuk meramalkan prestasi pembacaan awal Bahasa Cina (β = .334, p < .001). PA Bahasa Melayu memberi kesan positif dan signifikan terhadap pembacaan awal Bahasa Melayu (β = .853, p < .001), Bahasa Cina (β = .779, p < .001) dan Bahasa Inggeris (β = .688, p < .001). Ini menunjukkan pemindahan kemahiran terbalik berlaku (L3 L1 dan L3 L2). Di samping itu, PM dan RAN Bahasa Inggeris memberi kesan positif dan signifikan terhadap pembacaan awal Bahasa Cina (β = .373, p < .05; β = .538, p < .001) dan Bahasa Melayu (β = .374, p< .05; β = .401, p < .001) menunjukkan pemindahan kemahiran antara bahasa berlaku (L2 L1 dan L2 L3). Selain itu, analisis perantara (mediation analysis) menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris memberi kesan perantara penuh terhadap hubungan antara Bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris adalah agen yang memudahkan pemerolehan pembacaan awal Bahasa Melayu bagi kanak-kanak berbahasa Cina. Model struktural kajian dibina untuk memaparkan pengaruh kesan keseluruhan pembacaan awal kanak-kanak antara tiga bahasa. Akhir sekali, analisis IPMA (Importnace-performance matrix analysis) menonjolkan keperluan untuk meningkatkan kesedaran fonologi kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini telah menampilkan kepentingan pemprosesan fonologi terhadap kejayaan pembacaan awal kanak-kanak dalam tiga bahasa. 2020-08 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14700/1/Loo_Fung_Lan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14700/2/Loo_Fung_Lan.pdf Loo , Fung Lan (2020) Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/14700/ |
| spellingShingle | L Education (General) LB2361 Curriculum P Philology. Linguistics Loo , Fung Lan Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan |
| title | Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan |
| title_full | Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan |
| title_fullStr | Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan |
| title_full_unstemmed | Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan |
| title_short | Kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak-kanak tri bahasa / Loo Fung Lan |
| title_sort | kesan kemahiran pemprosesan fonologi terhadap pembacaan awal kanak kanak tri bahasa loo fung lan |
| topic | L Education (General) LB2361 Curriculum P Philology. Linguistics |
| url-record | http://studentsrepo.um.edu.my/14700/ |
| work_keys_str_mv | AT loofunglan kesankemahiranpemprosesanfonologiterhadappembacaanawalkanakkanaktribahasaloofunglan |