Konsep rayuan dan semakan menurut hukum syarak dan pelaksanaannya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan / Nadzratul Farieha Harun Arrosyid

Suatu keputusan yang diputuskan di pengakhiran pertikaian akan mengikat kepada pihak-pihak dalam kes tersebut. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana pihak-pihak yang merasa terkilan terhadap keputusan tersebut akan memfailkan rayuan atau semakan ke mahkamah atasan. Tujuan kajian ini dikaji ada...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Nadzratul Farieha, Harun Arrosyid
フォーマット: 学位論文
出版事項: 2023
主題:
その他の書誌記述
要約:Suatu keputusan yang diputuskan di pengakhiran pertikaian akan mengikat kepada pihak-pihak dalam kes tersebut. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana pihak-pihak yang merasa terkilan terhadap keputusan tersebut akan memfailkan rayuan atau semakan ke mahkamah atasan. Tujuan kajian ini dikaji adalah untuk mengetahui tentang konsep rayuan dan semakan menurut Hukum Syarak dan seterusnya mengkaji pelaksanaan kedua-dua proses ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan memperoleh data melalui persampelan secara rawak mudah bagi kes-kes rayuan dan semakan terpilih di MSWPKL untuk meneliti alasan dan tempoh masa yang diambil dalam penyelesaiannya. Temu bual separa berstruktur juga dijalankan bersama Hakim Syarie MSWPKL serta Peguam Syarie yang aktif beramal di Kuala Lumpur bagi mendapatkan realiti sebenar dalam pelaksanaan proses rayuan dan semakan Mahkamah Syariah. Temu bual juga dijalankan ke atas beberapa Hakim Syarie di Malaysia bagi melihat pengamalan proses rayuan dan semakan di negeri-negeri. Hasil kajian mendapati bahawa tempoh masa penyelesaian bagi kes rayuan dan semakan, kedua-duanya mengambil masa yang lama melebihi dari setahun khususnya dalam kes rayuan peringkat Mahkamah Rayuan Syariah. Hal ini kerana proses rayuan lebih melibatkan pihak-pihak semasa proses pengurusan kes rayuan di hadapan Ketua Pendaftar/Pendaftar berbanding proses semakan yang hanya menyemak rekod prosiding kes tanpa melibatkan pihak-pihak. Oleh itu, peri penting kepada sesuatu penambahbaikan terhadap hierarki mahkamah serta prosedur seperti Key Performance Indicator (KPI) dalam kes rayuan serta pemahaman pihak-pihak litigan dalam fungsi dan prosedur sebenar rayuan atau semakan. Adalah perlu semua pihak yang terlibat mengambil daya usaha dalam memastikan konsep sebenar kedua-dua komponen ini dapat difahami dan dengan baik agar penyampaian keadilan keadilan dapat disampaikan kepada masyarakat.