Kelas pengajian al-Quran secara dalam talian dan bersemuka: Kajian keberkesanan di pusat bimbingan al-Quran dan hafazan al-Baghdadi, Batu Belah Klang / Suhaila Zakaria

Situasi pandemik COVID-19 menjadikan perkembangan dunia pendidikan al-Quran seiring dengan kepelbagaian medium teknologi zaman kini. Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, kebanyakan pusat pengajian al-Quran dilaksanakan secara bersemuka namun pandemik COVID-19 telah menjejask...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Suhaila, Zakaria
格式: Thesis
出版: 2023
主题:
实物特征
总结:Situasi pandemik COVID-19 menjadikan perkembangan dunia pendidikan al-Quran seiring dengan kepelbagaian medium teknologi zaman kini. Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, kebanyakan pusat pengajian al-Quran dilaksanakan secara bersemuka namun pandemik COVID-19 telah menjejaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka kepada dalam talian. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan kelas pengajian al-Quran secara dalam talian dan bersemuka khususnya di Pusat Bimbingan Al-Quran Dan Hafazan Al-Baghdadi, Batu Belah Klang. Seterusnya, metode penyelidikan yang digunakan bagi proses pengumpulan data adalah metode soal selidik dengan mengedarkan borang soal selidik dan ujian bacaan al-Quran serta menyediakan platform Google Form kepada 140 orang responden dalam kalangan pelajar kelas pengajian al-Quran secara dalam talian dan bersemuka di ABB. Kemudian, data-data soal selidik yang diperolehi dikumpulkan dan dianalisis melalui Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 26.0 menerusi metode statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan responden terhadap kaedah PdP dan pelaksanaan kelas pengajian al-Quran secara dalam talian dan bersemuka walaupun terdapat perbezaan yang signifikan responen terhadap kebolehan diri menguasai bacaan al-Quran secara dalam talian dan bersemuka. Hasil kajian ini dapat membantu memberikan gambaran keseluruhan tentang keberkesanan kelas pengajian al-Quran secara dalam talian dan bersemuka yang dilaksanakan di ABB. Akhirnya kajian ini, mengemukakan rumusan dan beberapa cadangan kepada pihak berkaitan supaya kelas pengajian al-Quran dapat dilaksanakan dengan baik, lebih menarik minat pelajar dan mampu melahirkan insan yang memartabatkan pendidikan al-Quran selari dengan panduan al-Quran dan al-Hadith.