Kesan pendekatan integrasi terhadap kemahiran menyelesaikan masalah bagi topik isu alam sekitar / Asfadilla Ibrahim

Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan komponen penting dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid masih lemah kerana murid tidak dapat mengaplikasi pengetahuan daripada pembelajaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tujuan kajian ini adalah u...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Asfadilla , Ibrahim
格式: Thesis
出版: 2019
主题:
实物特征
总结:Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan komponen penting dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid masih lemah kerana murid tidak dapat mengaplikasi pengetahuan daripada pembelajaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pendekatan integrasi terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid tingkatan dua bagi topik isu alam sekitar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen kuasi yang mempunyai kumpulan kawalan (pendekatan tradisional) yang melibatkan 31 orang murid dan kumpulan eksperimen (pendekatan integrasi) yang melibatkan 33 orang murid. Sampel kajian ialah murid tingkatan dua yang sedia ada di dalam dua buah kelas di sebuah sekolah menengah harian biasa di Seremban. Data adalah daripada (I) skor ujian-pra dan ujian-pasca penyelesaian masalah yang dianalisis menggunakan Ujian-t berpasangan dan tak bersandar, dan (2) skrip jawapan murid dalam ujian-pra dan ujian-pasca penyelesaian masalah yang dianalisis secara deskriptif. Ujian-t berpasangan juga dijalankan untuk membandingkan skor ujian-pra dan ujian-pasca bagi kumpulan eksperimen terhadap 3 komponen dalam menyelesaikan iaitu mengenal pasti masalah, menyatakan kesan terhadap masalah dan meneroka strategi penyelesaian. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap kebolehan menyelesaikan masalah bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Ujian-t menunjukkan murid dalam kumpulan eksperimen mempunyai peningkatan ketara bagi ketiga-tiga komponen menyelesaikan masalah. Analisis secara deskriptif menunjukkan murid kumpulan eksperimen mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang diberi dengan lebih baik selepas rawatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan integrasi berupaya meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.