Hubungan kekerabatan dialek Melayu Sarawak, Malaysia dan dialek Melayu Midai, Indonesia / Akhmal Hakim Mohamad

Kajian ini menekuni bidang linguistik bandingan bagi meneliti Dialek Melayu Sarawak (DMS) dan Dialek Melayu Midai (DMM). Kajian dijalankan bagi mengenal pasti tingkat kekerabatan antara DMS dengan DMM berdasarkan kaedah leksikostatistik yang dipelopori oleh Morris Swadesh (1950). Kemudian, kajian di...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Akhmal Hakim , Mohamad
Format: Thèse
Publié: 2023
Sujets:
Description
Résumé:Kajian ini menekuni bidang linguistik bandingan bagi meneliti Dialek Melayu Sarawak (DMS) dan Dialek Melayu Midai (DMM). Kajian dijalankan bagi mengenal pasti tingkat kekerabatan antara DMS dengan DMM berdasarkan kaedah leksikostatistik yang dipelopori oleh Morris Swadesh (1950). Kemudian, kajian dilanjutkan dengan menghuraikan bentuk variasi fonem yang terdapat dalam kedua-dua dialek yang dikaji berpandukan Teori Struktural. Kajian menggunakan senarai 230 Kata Morris Swadesh yang diubah suai untuk menemu bual informan (pemaklum). Dapatan kajian mendapati bahawa tingkat kekerabatan dialek adalah sebanyak 78.85% dan berada dalam status keluarga. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa DMS memiliki enam fonem vokal (/i/, /e/, /a/, /ə/, /u/ dan /o/), satu diftong (/-oy/) dan 20 konsonan (/p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /l/, /w/ dan /j/). DMM pula mempunyai tujuh fonem vokal (/i/, /e/, /a/, /ə/, /u/, /o/ dan /ɔ/), tiga diftong (/-ay/, /-uy/ dan /-aw/) dan 21 fonem konsonan (/p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /j/). Di samping itu, kajian telah menemukan dua bentuk kesepadanan bunyi, iaitu lima bentuk kesepadanan vokal (/i/ ≈ /e/, /a/ ≈ /o/, /a/ ≈ /ə/, /a/ ≈ /ɔ/ dan /u/ ≈ /o/) dan enam bentuk kesepadanan konsonan (/r/ ≈ /ɣ/, /ʔ/ ≈ /q/, /ʔ/ ≈ /h/, // ≈ /n/, /q/ ≈ /t/ dan /m/ ≈ /n/).