Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad

Penggunaan teknologi kamera digital membolehkan anak bulan dikesan dengan lebih awal selepas Matahari terbenam. Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui Garis Panduan Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pen...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Nur Izzatul Najihah , Mohamad
格式: Thesis
出版: 2023
主題:
_version_ 1849736176920952832
author Nur Izzatul Najihah , Mohamad
author_facet Nur Izzatul Najihah , Mohamad
author_sort Nur Izzatul Najihah , Mohamad
description Penggunaan teknologi kamera digital membolehkan anak bulan dikesan dengan lebih awal selepas Matahari terbenam. Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui Garis Panduan Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara dalam garis panduan tersebut yang perlu dilihat semula dari aspek penerimaan dan penolakan kamera digital dan teknik pengimejan digital anak bulan dalam pengisbatan anak bulan. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memperhalusi teknik pengimejan digital anak bulan berdasarkan garis panduan pensabitan kenampakan anak bulan yang ditetapkan oleh JAKIM. Kajian ini membuat penilaian kualiti imej anak bulan berdasarkan parameter garis panduan JAKIM terhadap kamera digital berasaskan sensor peranti cas terganding (CCD) dan semikonduktor oksida logam pelengkap (CMOS). Seterusnya, kajian ini menilai hasil eksperimental yang dibuat berdasarkan analisis penerimaan dan penolakan Syariah terhadap jenis kamera digital dalam pengisbatan anak bulan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah komparatif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa tidak ada perbezaan nyata pada penilaian kualiti imej kedua-dua jenis sensor. Kajian mendapati bahawa kesan penyejukan sensor, penggunaan cut off inframerah, penindanan imej dan penggunaan corong kontras memberikan kesan positif pada kualiti imej anak bulan. Kajian ini merumuskan bahawa penggunaan kamera digital dimodifikasi dan teknik pengimejan digital boleh diterima dalam pengisbatan anak bulan melalui parameter yang dinilai. Natijah kajian ini, prosedur cerapan anak bulan menggunakan aplikasi teknik pengimejan digital telah dicadangkan berdasarkan penerimaan Syariah dalam mengisbatkan kenampakan anak bulan.
format Thesis
id oai:studentsrepo.um.edu.my:15719
institution Universiti Malaya
publishDate 2023
record_format eprints
spelling oai:studentsrepo.um.edu.my:157192025-09-01T20:20:40Z Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad Nur Izzatul Najihah , Mohamad Q Science (General) QB Astronomy Penggunaan teknologi kamera digital membolehkan anak bulan dikesan dengan lebih awal selepas Matahari terbenam. Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui Garis Panduan Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara dalam garis panduan tersebut yang perlu dilihat semula dari aspek penerimaan dan penolakan kamera digital dan teknik pengimejan digital anak bulan dalam pengisbatan anak bulan. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memperhalusi teknik pengimejan digital anak bulan berdasarkan garis panduan pensabitan kenampakan anak bulan yang ditetapkan oleh JAKIM. Kajian ini membuat penilaian kualiti imej anak bulan berdasarkan parameter garis panduan JAKIM terhadap kamera digital berasaskan sensor peranti cas terganding (CCD) dan semikonduktor oksida logam pelengkap (CMOS). Seterusnya, kajian ini menilai hasil eksperimental yang dibuat berdasarkan analisis penerimaan dan penolakan Syariah terhadap jenis kamera digital dalam pengisbatan anak bulan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah komparatif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa tidak ada perbezaan nyata pada penilaian kualiti imej kedua-dua jenis sensor. Kajian mendapati bahawa kesan penyejukan sensor, penggunaan cut off inframerah, penindanan imej dan penggunaan corong kontras memberikan kesan positif pada kualiti imej anak bulan. Kajian ini merumuskan bahawa penggunaan kamera digital dimodifikasi dan teknik pengimejan digital boleh diterima dalam pengisbatan anak bulan melalui parameter yang dinilai. Natijah kajian ini, prosedur cerapan anak bulan menggunakan aplikasi teknik pengimejan digital telah dicadangkan berdasarkan penerimaan Syariah dalam mengisbatkan kenampakan anak bulan. 2023-09 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15719/1/Nur_Izzatul_Najihah.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15719/2/Nur_Izzatul_Najihah_Mohamad.pdf Nur Izzatul Najihah , Mohamad (2023) Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/15719/
spellingShingle Q Science (General)
QB Astronomy
Nur Izzatul Najihah , Mohamad
Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad
title Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad
title_full Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad
title_fullStr Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad
title_full_unstemmed Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad
title_short Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad
title_sort aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi nur izzatul najihah mohamad
topic Q Science (General)
QB Astronomy
url-record http://studentsrepo.um.edu.my/15719/
work_keys_str_mv AT nurizzatulnajihahmohamad aplikasiteknikpengimejandigitalanakbulandariperspektifsyariahdanastronominurizzatulnajihahmohamad