Pengajian tafsir al-jalalayn dan pengaruhnya di dayah tradisional kabupaten Acheh Besar / Muhammad Fadhillah Jamaluddin

Pengajian tafsir telah bermula semenjak zaman Rasulullah (s.a.w) lagi. Ini memandangkan tidak semua isi kandungan al-Quran mampu difahami oleh para sahabat. Pada hari ini, pengajian tafsir telah diperkenalkan di isntitusi-institusi pengajian khususnya dayah-dayah tradisional di Acheh Besar. Kajia...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Muhammad Fadhillah, Jamaluddin
格式: Thesis
出版: 2014
主题:
实物特征
总结:Pengajian tafsir telah bermula semenjak zaman Rasulullah (s.a.w) lagi. Ini memandangkan tidak semua isi kandungan al-Quran mampu difahami oleh para sahabat. Pada hari ini, pengajian tafsir telah diperkenalkan di isntitusi-institusi pengajian khususnya dayah-dayah tradisional di Acheh Besar. Kajian ini membincangkan perkembangan pengajian tafsir di Indonesia. Dalam kajian ini, penulis menfokuskan bagaimana metodelogi pengajian Tafsir al-Jalalayn yang digunapakai dayah-dayah tradisional dalam sistem pengajiannya dan faktor yang melatarbelakangi penggunaan tafsir ini dalam kalangan masyarakat Acheh Besar. Kajian ini juga turut mengkaji pengaruh Tafsir al-Jalalayn di pondok-pondok pesantren tadisional dari sudut penggunaan Tafsir al-Jalalayn oleh masyarakat Acheh, penggunaan Tafsir al-Jalalayn di kuliah-kuliah agama serta penggunaan Tafsir al-Jalalayn sebagai sumber penulisan,. Berdasarkan hasil kajian, pengajian Tafsir al-Jalalayn di dayahdayah tradisional menggunakan metode berbentuk talaqi dan juga halaqah dalam pengajiannya. Kitab tafsir yang dijadikan sebagai panduan dalam pengajiannya menggunakan “Hashiyah al-Sawi ‘ala Tafsir al-Jalalayn oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Sawi al- Khalwah al-Maliki”. Diharapkan kajian ini boleh memberi manfaat kepada semua pihak berkaitan khususnya untuk para pelajar.