Metode fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam menangani persoalan semasa : analisis fatwa-fatwa negeri Johor dari tahun 2000 hingga 2010 / Mohd Faez bin Mohd Shah

Kajian ini menjelaskan metode fatwa yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (JFNJ) dalam menyelesaikan persoalan semasa dengan melihat fatwa-fatwa dari tahun 2000 hingga 2010. Kajian ini bertujuan menjelaskan metode berfatwa yang diamalkan oleh JFNJ menerusi penyelidikan yang dijalankan...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Mohd Shah, Mohd Faez
格式: Thesis
出版: 2013
主題:
實物特徵
總結:Kajian ini menjelaskan metode fatwa yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (JFNJ) dalam menyelesaikan persoalan semasa dengan melihat fatwa-fatwa dari tahun 2000 hingga 2010. Kajian ini bertujuan menjelaskan metode berfatwa yang diamalkan oleh JFNJ menerusi penyelidikan yang dijalankan dalam pengeluaran fatwa bagi isu-isu semasa dengan melihat pengambilkiraan elemen semasa. Tiga metodologi telah digunapakai dalam kajian ini. Pertama, metode kepustakaan digunakan untuk mencari maklumat berkaitan kaedah penyelidikan hukum Islam dari pelbagai sumber berkenaan fatwa dan kaedah penyelidikan fatwa yang diaplikasi oleh JFNJ. Kedua, metode temubual digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kaedah berfatwa dan amalan penyelidikan yang berlaku melalui tembual bersama ahli JFNJ dan pegawai fatwa yang terlibat dalam pemfatwaan. Ketiga, metode analisis data yang menggunapakai tiga bentuk analisis iaitu metode deduktif dengan membuat kesimpulan khusus berkenaan kaedah asas dalam penentuan fatwa berdasarkan penyelidikan hukum Islam, metode induktif dengan membuat kesimpulan umum mengenai metode penyelidikan fatwa yang dipalikasi oleh JFNJ melalui data temubual dan dokumentasi dan metode komparatif dengan menilai revelensi terhadap kaedah berfatwa yang diaplikasi oleh JFNJ berdasarkan analisis terhadap fatwa-fatwa semasa yang diputuskan. Hasil kajian menunjukkan bahawa, penggunaan kaedah usul al-fiqh sebagai metode penentuan fatwa kurang diaplikasi secara tepat. Penyelidikan fatwa kurang mengambilkira keperluan sebenar masalah yang ditangani. Ia dibuat secara ringkas dan mendatar disebabkan pegawai fatwa kurang menguasai kaedah penyelidikan yang sebenar. Input-input semasa tidak dihuraikan dengan begitu jelas mengambilkiraannya di dalam isu fatwa hanya dilihat sebagai keutamaan sahaja tanpa diraikan keperluannya.