Penggunaan media dalam pendidikan Islam awal kanak-kanak di PASTI : kajian di PASTI Ummu Aiman, Gombak, Selangor / Salmee Suhaina binti Yusoff

Kajian ini cuba mendedahkan penggunaan media dalam pendidikan Islam awal kanak-kanak yang mampu memberi kesan yang positif dalam membina kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat pelbagai jenis media pendidikan di pasaran hari ini, namun pemilihan med...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Yusoff, Salmee Suhaina
フォーマット: 学位論文
出版事項: 2014
主題:
その他の書誌記述
要約:Kajian ini cuba mendedahkan penggunaan media dalam pendidikan Islam awal kanak-kanak yang mampu memberi kesan yang positif dalam membina kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat pelbagai jenis media pendidikan di pasaran hari ini, namun pemilihan media yang sesuai adalah penting dalam memastikan pendidikan yang ingin disampaikan oleh guru dapat diterima dengan baik oleh para pelajar. Kajian ini juga mengkaji berkenaan dengan modul dan pelaksanaan penggunaan media dalam pendidikan Islam sekaligus menganalisis penerimaan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di PASTI Ummu Aiman. Metodologi pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah secara kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan pula dilaksanakan dalam dua metode iaitu metode temubual dan metode pemerhatian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penggunaan media khususnya kad imbas sangat memberi kesan positif dalam membantu kanak-kanak untuk mengingati dan memahami pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Di samping itu juga, peranan media lisan seorang guru tidak dapat disangkal sebagai satu media yang sangat penting dan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping penggunaan media sebagai alat bantu untuk pelaksanaan proses tersebut.