Penderafan dokumen wasiat Islam di Amanah Raya Berhad : analisis menurut perspektif Islam / Al Azifah binti Mohd Safie

Dokumen adalah sumber keterangan yang dominan dan berautoriti untuk menjelaskan sesuatu fakta. Oleh itu mendokumenkan sesuatu wasiat dilihat lebih efektif kerana ia mampu merekod maklumat dalam jangka masa panjang memandangkan kematian seseorang tidak dapat dijangkakan. Justeru fokus disertasi ini...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Mohd Safie, Al Azifah
格式: Thesis
出版: 2010
主题:
实物特征
总结:Dokumen adalah sumber keterangan yang dominan dan berautoriti untuk menjelaskan sesuatu fakta. Oleh itu mendokumenkan sesuatu wasiat dilihat lebih efektif kerana ia mampu merekod maklumat dalam jangka masa panjang memandangkan kematian seseorang tidak dapat dijangkakan. Justeru fokus disertasi ini akan ditumpukan kepada pendrafan dokumen wasiat Islam yang dijalankan oleh sebuah badan amanah iaitu Amanah Raya Berhad. Ini kerana objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menganalisis keselarasan pendrafan dokumen wasiat Islam dengan Undang-undang Islam yang dilaksanakan di perbadanan tersebut. Metode analisis kandungan telah diaplikasikan bagi mencapai objektif yang digariskan. Dapat dirumuskan melalui hasil kajian bahawa DDWA yang diguna pakai oleh ARB merupakan satu dokumen wisayah menurut perspektif Undang-undang Islam disebabkan kandungannya telah sempurna dengan rukun-rukunnya mengikut pandangan Imam Syafi’iy. Manakala DDWK pula telah mempunyai ciri-ciri dokumen wasiat menurut perspektif Islam. Namun pengkaji berpendapat terdapat klausa-klausa tertentu di dalam kedua-dua draf berkenaan yang perlu diperhalusi supaya pendrafannya lebih objektif dan tidak menimbulkan kekeliruan.