Program pembangunan insan dalam kalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) : masalah dan penyelesaian / Fatimah Nadirah binti Mohd Noor

Disertasi ini memberikan tumpuan kepada program pembangunan insan dalam kalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) : masalah dan penyelesaian. Melalui kajian ini pengkaji mengenal pasti bentuk program yang dijalankan. Mengenal pasti masalah dan penyelesaian JHEAT dalam melaksanak...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Mohd Noor, Fatimah Nadirah
格式: Thesis
出版: 2012
主題:
實物特徵
總結:Disertasi ini memberikan tumpuan kepada program pembangunan insan dalam kalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) : masalah dan penyelesaian. Melalui kajian ini pengkaji mengenal pasti bentuk program yang dijalankan. Mengenal pasti masalah dan penyelesaian JHEAT dalam melaksanakan program. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Dalam mengumpulkan data, kajian ini telah menggunakan metode kajian perpustakaan dan metode kajian lapangan yang meliputi observasi, temu bual dan tinjuan. Manakala dalam analisis data, pengkaji menggunakan metode induktif, metode deduktif dan metode komparatif. Hasil daripada kajian ini pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk program pembangunan insan yang telah diadakan oleh JHEAT iaitu program pembangunan insan berbentuk kemahiran, motivasi, kepimpinan dan keagamaan. Begitu juga wujudnya beberapa masalah dalam pelaksanaan program sama ada daripada aspek kakitangan, masa dan program. Hasil kajian juga mendapati bahawa JHEAT telah menggunakan beberapa pendekatan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud itu. Oleh itu berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah mengemukakan beberapa saranan dan cadangan dalam usaha penambahbaikan pelaksanaan program pembangunan insan yang telah diadakan. Justeru diharapkan usaha JHEAT untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat dicapai selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai jati diri yang berkualiti.