Penulisan Hadith dalam karya terjemahan : kajian terhadap terjemahan Hadith dalam kitab Fath Al-Muin / Harun bin Zainal Abidin

Kajian ini membincangkan penulisan teks-teks hadith dalam karya terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Kajian difokuskan kepada hadith-hadith dalam sebuah kitab fiqh iaitu terjemahan kepada kitab Fath al-Mu’in terbitan Perniagaan Jahabersa Sdn Bhd. Objektif utama ialah mengenal pasti sam...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Zainal Abidin, Harun
格式: Thesis
出版: 2014
主题:
实物特征
总结:Kajian ini membincangkan penulisan teks-teks hadith dalam karya terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Kajian difokuskan kepada hadith-hadith dalam sebuah kitab fiqh iaitu terjemahan kepada kitab Fath al-Mu’in terbitan Perniagaan Jahabersa Sdn Bhd. Objektif utama ialah mengenal pasti sama ada format penulisan serta penterjemahan teks-teks hadith di dalamnya menepati syarat penterjemahan seperti yang telah digariskan oleh pakar-pakar penterjemahan khususnya penterjemahan teks agama daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Metodologi kajian teks telah digunakan untuk menilai 103 teks hadith yang terdapat dalam kitab tersebut. Hasil kajian dan analisis terhadap hadith-hadith tersebut mendapati terdapat beberapa kesilapan termasuk menjadikan teks pengarang kitab sebagai teks hadith, ketidaktepatan memetik teks hadith, pengguguran beberapa perkataan dalam teks hadith dan terjemahannya, terjemahan yang tidak difahami serta memberikan terjemahan yang berbeza-beza terhadap teks hadith yang sama.