Penggunaan penyusun grafik dalam penguasaan kolokasi Bahasa Arab / Uraidah binti Abdul Wahab

Kajian ini bertajuk “ Penggunaan penyusun grafik dalam penguasaan kolokasi bahasa Arab”. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan mengukur keberkesanan penggunaan penyusun grafik dalam pembelajaran kolokasi bahasa Arab....

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Abdul Wahab, Uraidah
格式: Thesis
出版: 2014
主題:
實物特徵
總結:Kajian ini bertajuk “ Penggunaan penyusun grafik dalam penguasaan kolokasi bahasa Arab”. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan mengukur keberkesanan penggunaan penyusun grafik dalam pembelajaran kolokasi bahasa Arab. Penyusun grafik merupakan paparan maklumat secara visual untuk menunjukkan hubungkait antara konsep-konsep penting serta memudahkan pembelajaran dan penyampaian maklumat. Kaedah kuasi eksperimen dilaksanakan dengan menggunakan ujian kolokasi bertulis melalui ujian pra dan pasca serta kaedah tinjauan secara temu bual. Sampel kajian ini seramai 60 orang pelajar tingkatan empat aliran sains agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor dan tidak diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (n=30) dan eksperimen (n=30). Data dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Ujian t turut dijalankan untuk mengukur perbezaan tahap penguasaan kedua-dua kumpulan. Manakala data temu bual pelajar pula dianalisis secara manual. Dapatan kajian ini menunjukkan penguasaan kolokasi bahasa Arab KN+KN (al-idafah) dan KN+KA (al-naʻat) kumpulan kawalan masih di tahap lemah manakala kumpulan eksperimen di tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan dalam skor min penguasaan kolokasi bahasa Arab KN+KN (al-idafah) [t(58)= 10.980, p<.05] dan KN+KA (al-naʻat) [t(58)= 13.128, p<.05] antara kumpulan yang menggunakan penyusun grafik dan skor min kumpulan yang tidak menggunakan penyusun grafik selepas mengawal kesan ujian pra kolokasi bahasa Arab.