| सारांश: | Kajian kualitatif ini menganalisis isu-isu konservasi biodiversiti dari perspektif etikaperundangan
Islam. Status quo kepupusan biodiversiti di dunia terutama di negaranegara
Islam sangat membimbangkan. Sedangkan Islam telah menggariskan nilai-nilai
etika dan prinsip-prinsip perundangan serta sistem kawasan perlindungan tradisional
(al-hima) tetapi belum diterjemahkan dalam bentuk yang praktikal dan fleksibel
dengan polisi dan amalan kontemporari. Sejajar dengan kecenderungan global yang
mempromosikan kawasan perlindungan berasaskan pendekatan agama, kajian ini akan
mengkaji pendekatan perundangan Islam dan membandingkannya dengan
perundangan semasa. Kajian kes kolektif telah dijalankan di: 1) Jabatan PERHILITAN
Semenanjung Malaysia; 2) Tabung Alam Sedunia (WWF-Malaysia) dan; 3) Pusat
Kajian Sains dan Alam Sekitar di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kajian
ini mendapati bahawa etika-perundangan Islam berpotensi untuk diintegrasikan
menerusi aspek kemampanan/sustainability (istidamah), berjaga-jaga/precautionary
(ihtiyat), perkongsian faedah/benefit sharing (ishtirak) dan halal-haram dalam
pemburuan (istiyad). Kawasan Perlindungan di Semenanjung Malaysia didapati
selaras dengan al-hima terutama dari aspek pemilikan awam tetapi
penguatkuasaannya masih lemah disebabkan undang-undangnya yang bersegmen dan
pertindihan bidang kuasa antara kerajaan pusat dan negeri. Usaha mengetengahkan
pendekatan Islam dalam aktiviti konservasi masih baru dan asing di Malaysia.
Terdapat inisiatif yang menerapkan nilai etika tetapi tidak ke tahap mengaplikasikan
prinsip perundangan Islam. Kajian ini menghujahkan bahawa semakin banyak undangundang,
semakin banyak masalah etika seperti korupsi dan manipulasi undangundang.
Hal ini menjustifikasikan keperluan pendekatan agama namun masih kurang
diberi perhatian oleh pihak-pihak berkepentingan/pemegang taruh.
|