| 要約: | Salah satu pembahasan yang masih dikaji sampai sekarang oleh para sarjana linguistik Arab adalah masalah penggunaan gender yang terdapat dalam al-Quran al-Karim. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kategori gender yang terdapat dalam surah al-Shams, mengenal pasti elemen makna konteks penggunaan gender dalam surah al-Shams, dan menganalisis i‘ra:b kata gender yang terdapat dalam surah al-Shams. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan aplikasi analisis kandungan bagi menganalisa kata gender yang terdapat dalam surah al-Shams dari sudut sintaksis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat pembahagian gender dalam surah al-Shams iaitu mudhakkar haqi:qiyy, mudhakkar maja:ziyy, mu’annath haqi:qiyy dan mu’annath maja:ziyy. Dari sudut makna, terdapat kesesuaian antara makna leksikologi dan makna sintaksis dalam kalangan kata gender dalam surah al-Shams. Manakala dari sudut i‘ra:b, kata gender dalam surah al-Shams ada yang berfungsi sebagai fa:‘il (subjek), ma‘tu:f (yang disambungkan), dan muqsam bih (sesuatu yang disumpah dengannya). Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa kata-kata gender dalam surah al-Shams telah digunapakai sesuai dengan konteksnya dan tidak semua kata gender yang terdapat dalam surah al-Shams merupakan qiya:siyy namun ada juga yang merupakan sama:’iyy.
|