Analisis perbandingan keputusan Dewan Syariah Nasional, Majelis Ulama Indonesia dan Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkaitan isu-isu pasaran modal Islam / Zulqarnain

Pasaran modal Islam adalah merupakan alternatif pelaburan bagi menjana modal untuk mempertingkatkan ekonomi masyarakat, korporat serta Negara yang sesuai dengan kehendak syarak. Untuk itu, keputusan DSN MUI dan MPS SC merupakan bahagian daripada inovasi hukum dalam tegahan atau mengharuskan melak...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Zulqarnain, -
フォーマット: 学位論文
出版事項: 2016
主題:
その他の書誌記述
要約:Pasaran modal Islam adalah merupakan alternatif pelaburan bagi menjana modal untuk mempertingkatkan ekonomi masyarakat, korporat serta Negara yang sesuai dengan kehendak syarak. Untuk itu, keputusan DSN MUI dan MPS SC merupakan bahagian daripada inovasi hukum dalam tegahan atau mengharuskan melakukan apa sahaja aktiviti pelaburan. Kajian ini fokus pada perbincangan mengenai isu-isu berbangkit pasaran modal Islam dalam aspek penetapan keputusan yang meliputi dasar-dasar penetapan keputusan dan manhaj (metod) istinbat al-hukm yang digunakan serta faktorfaktor yang memberi kesan dan diambil kira dalam penetapan keputusan. Analisis dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan metod pengumpulan data melalui kepustakaan dan temu bual serta metod analisa data secara perbandingan. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa penetapan keputusan mengenai isu-isu pasaran modal Islam adalah menggunakan sumber-sumber daripada dalil ayat al-Quran, hadis serta beberapa pandangan fuqaha samada daripada fuqaha silam mahupun fuqaha semasa melalui manhaj istinbat al-hukm dengan metod bayani dan burhani melalui pendekatan ta‘lili iaitu‘illah al-hukm dan qiyasi, serta pendekatan istislahi ke arah pencapaian maqasid shari‘ah dan siyasah shar‘iyyah, yang merupakan gambaran daripada wujudnya tolak ansur terhadap pandangan hukum pada sumber-sumber penetapan hukum yang berbeza. Bahkan faktor perbezaan lokaliti (budaya tempatan), teknologi semasa, hirarki peraturan perundangan adalah merupakan bahagian terpenting yang memberi kesan dan diambil kira bagi penyelesaian kes-kes pelaburan pada pasaran modal. Diharapkan kajian ini boleh memberi manfaat kepada semua pihak berkaitan.