| सारांश: | Menurut perangkaan Kementerian Pendidikan, pada tahun 2014, terdapat 87, 463 pelajar
bukan Cina yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)). (Huang,
2015). Namun demikian, tidak banyak kajian yang meneliti sejauh manakah pelajar-pelajar
bukan berbahasa ibunda Cina dapat menguasai bahasa Cina dengan baik di SJK(C)?
Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan di
antara penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Cina(SPBC) dengan tahap pencapaian
bahasa Cina (Yang 1998; Lin 2005; Wu 2007). Justeru, kajian ini dijalankan untuk
meninjau Strategi Pembelajaran Aksara Piktofonetik Cina(SPAPC) dan tahap pencapaian
Aksara Piktofonetik Cina(APC) di kalangan pelajar-pelajar Melayu, India dan Cina di
SJK(C). Di samping menyelidiki hubungan antara strategi-strategi yang dipilih dengan
tahap penguasaan APC, kajian ini juga melihat strategi–stratgi yang paling kerap digunakan
oleh pelajar cemerlang dan kurang cemerlang. Kajian ini berpandukan kaedah penyelidikan
bercampur. Sampel kajian yang yang dipilih secara rawak terdiri daripada 99 pelajar
Melayu, 43 pelajar India, 76 pelajar Cina yang bukan berbahasa ibunda Cina(CB) dan 100
pelajar Cina yang berbahasa ibunda Cina(CA) dari SJK(C). Ujian ANOVA(aras signifikan
p<0.05) telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara pelajar cemerlang dan
kurang cemerlang serta hubungan etnik dengan kekerapan dan jenis SPAPC yang
digunakan dalam pembelajaran bahasa Cina. Korelasi Pearson pula digunakan untuk
mengukur hubungan antara kekerapan jenis SPAPC dengan tahap pencapaian APC.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajarpelajar
yang berbahasa ibunda Cina dengan pelajar-pelajar bukan berbahasa ibunda Cina
dalam tahap pencapaian APC. Terdapat korelasi positif yang lemah antara semua strategi yang diguna dalam kalangan pelajar Melayu. Manakala bagi pelajar-pelajar India pula,
didapati terdapat korelasi positif yang kuat antara penggunaan Strategi Afektif dengan
tahap pencapaian APC. Terdapat juga korelasi positif yang kuat antara Strategi Sumber
dan Strategi Penggunaan dengan tahap pencapaian APC dalam kalangan pelajar CB. Bagi
pelajar CA pula, hanya terdapat korelasi positif yang sederhana kuat antara Strategi Sumber
dengan tahap pencapaian APC. Pada keseluruhannya , didapati terdapat korelasi positif
sederhana kuat antara Strategi Sumber dan Strategi Penggunaan dengan tahap pencapaian
APC. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Penggunaan Strategi Sumber dan Strategi
Penggunaan dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang lebih tinggi secara signifikan
daripada pelajar-pelajar kurang cemerlang. Pelajar-pelajar SJK(C) yang bukan berbahasa
ibunda Cina harus dibimbing dan diajar SPAPC yang berkesan dan sesuai mengikut etnik,
bahasa ibunda dan persekitaran mereka , supaya mereka dapat menguasai aksara
piktofonetik Cina dengan berkesan.
|