| Summary: | Kebajikan Masyarakat menjalankan peranan yang amat berguna dalam
pembangunan, di samping menyumbangkan segala tugas-tugas yang
bertujuan untuk perubahan struktur dan pembangunan institusi. Dengan
itu, Kebajikan Masyarakat ditafsirkan dengan pelbagai fungsi dan antara yang
utama ialah fungsi Pemulihan (remedial) dan fungsi Pengembangan
(developmental). Bab pertama merupakan la tarbelakang kajian yang
menjelaskan bidang kajian, tujuan k ajian, kepentingan kajian, kaeadah,
masalah - masalah kajian d an juga rangka analisis. Bab d ua pula melihat
sejarah perkembangan kebajikan masyarakat selepas perang duania ke dua
sehingga tahun 1990an. Dalam tempoh masa ini Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah diletakkan dibawah pelbagai jabatan dan kementerian.
Sementara itu dalam bab tiga, menghuraikan proses permohonan bantuan
kebajikan oleh klien. Apa yang menjadi asas perbincangan ialah cara
permohonan yang dilakukan oleh klien, proses temuduga, temurancang,
lawatan ke rumah dan seterusnya penentuan jenis kes oleh Pembantu
Kebajikan Masyarakat. Bab empat pula, menghuraikan program-program
yang bertunjangkan fungsi remedial. Penelitian utama kepada fungsi
remedial yang dibincangkan ialah perkhidmatan sokongan, perkhidmatan
perlindungan d an gantian. Bab lima pula membincangkan fungsi
developmental yang terdapat dalam kes-kes yang dikaji daripada Pejabat
Kebajikan Masyarakat Slim River. Bab enarn rnerupakan bab yang terakhir
yang menyimpulkan perbincangan.
|