Pengaruh tekanan kerja dan daya tindakan tekanan kerja di kalangan pemuda-pemudi dalam pekerjaan yang pertama selepas tamat pengajian akademik / Leong Soo Fueng

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan tekanan kerja dan daya tindakan tekanan kerja, di kalangan pemuda-pemudi dalam pekerjaannya yang pertama, selepas tamat pengajian akademik. Ia dijalankan ke atas 42 orang responden dari syarikar-syarikat di Kuala Lumpur dan Peraling Jaya. Teknik pemilihan res...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Leong , Soo Fueng
フォーマット: 学位論文
出版事項: 1993
主題:
その他の書誌記述
要約:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan tekanan kerja dan daya tindakan tekanan kerja, di kalangan pemuda-pemudi dalam pekerjaannya yang pertama, selepas tamat pengajian akademik. Ia dijalankan ke atas 42 orang responden dari syarikar-syarikat di Kuala Lumpur dan Peraling Jaya. Teknik pemilihan responden adalah secara "snowball", manaka1a alat-alat menguji yang diutmakan adalah skala-skala tekanan kerja, personaliti dan daya tindakan tekanan kerja dalam bentuk soalselidik. Dengan menggnnakan ana1isa korelasi Spearman, keputusan menunjukkan terdapat hubungan positif antara personaliti jenis A dengan tekanan kerja, tetapi menunjukkan hubungan yang tidak signiflkan antara ciri-ciri tugas dengan tekanan kerja atau personaliti jenis A dengan daya tindakan. Dalam kajian ini, antara tiga jenis daya tindakan yang diuji, jenis daya tindakan berbentuk sokongan sosial merupakan jenis daya tindak yang paling kerap digunakan Keputusan kajian ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara tekanan kerja dengan daya tindakan tekanan kerja Analisa Mann - Whitney U Test, Kruskal-Wallis dan ujian Anova (satu faktor) menunjukkan tidak ada perbezaan antara tempoh lama bekerja dengan tekanan kerja Namun begitu, korelasi Spearman menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara pembolehubah ciri-ciri tugas, tekanan kerja dan daya tindakan tekanan kerja dalam kedua-dua kumpulan yang tahap tempoh lama bekerjanya masing-masingnya 6 bulan dan ke bawah, lebih daripada 6 bulan dan ke atas. Secara umumnya, kajian ini menyokong pandangan bahawa personaliti jenis A menghadapi tekanan kerja yang lebih tinggi. Bilangan responden yang kecil iaitu 42 responden sahaja mungkin menghalang usaha untuk menghuraikan secara mendalam hubungan antara ciri-ciri tugas, tekanan kerja dan daya tindakan tekanan kerja.